(SEMASA) the Curve Rai Warga Emas dalam Majlis Buka Puasa Istimewa

Spread the love

Photo 1

PETALING JAYA, 14 JUN 2016 ­– Musim Raya lazimnya disambut meriah bersama ahli keluarga, rakan-rakan dan insan tersayang. Bulan yang penuh kebaikan dan kemuliaan ini turut memperlihat warga Muslim di seluruh dunia saling menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik dalam usaha untuk menyemarakkan lagi keriangan musim perayaan.

Photo 2

Bersempena musim perayaan ini, the Curve baru-baru ini telah menganjurkan satu majlis berbuka puasa istimewa untuk sekumpulan warga emas dan penjaga mereka dari Rumah Jagaan Orang Tua Al Ikhlas. Setibanya mereka di the Curve, mereka dibawa ke Centre Court pusat membeli-belah tersebut yang telah dihias persis padang pasir Arab yang indah, ibarat pemandangan di Timur Tengah.

Photo 4

Kemuncak acara pada malam itu adalah persembahan Dance of the Desert, yang menampilkan siri tarian menakjubkan dari Timur Tengah. Persembahan dimulakan dengan penuh bertenaga oleh penari-penari lengkap berpakaian kostum berjurai saling berpusing dan menari mengikuti irama rancak tarian Dervish Turki. Kegirangan jelas terpancar apabila para penari tersebut meneruskan persembahan dengan tarian Shikhat Maghribi diikuti versi istimewa tarian gelek Mesir. Gerak tari mereka yang ligat diiringi muzik yang rancak telah menghiburkan tetamu sepanjang persembahan.

Photo 3

Suasana meriah majlis diteruskan apabila duit Raya dan cenderahati Raya disampaikan kepada para tetamu oleh pihak pengurusan the Curve. Sesuai dengan tema majlis pada malam itu, sesi berbuka puasa telah diadakan di Hadramawt, sebuah restoran Timur Tengah yang menawarkan bufet makanan asli Yaman serta aneka juadah makanan tradisional Timur Tengah.

Jazmi Kamarudin, Pengurus Besar the Curve, berkata, “the Curve sentiasa memberi penekanan dalam menyumbang semula kepada masyarakat dan ini diharap dapat memberi perubahan positif dalam kehidupan mereka yang memerlukan. Kami bersyukur kerana berkesempatan untuk berbuka puasa bersama-sama warga emas dari Rumah Jagaan Orang Tua Al Ikhlas dan juga teruja melihat mereka terhibur pada malam ini. Kami juga gembira kerana dapat meluangkan masa bersama para tetamu istimewa ini dan berharap musim Raya kali ini adalah lebih bermakna bagi mereka.”

Sepanjang kempen Raya the Curve, pengunjung ke the Curve akan berpeluang menikmati suasana Timur Tengah yang indah di Centre Court dari 10 Jun hingga 10 Julai 2016. Pelbagai acara yang disediakan pada setiap hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum sepanjang kempen juga pastinya akan menjanjikan hiburan untuk semua. Selain itu, pusat membeli belah tersebut akan turut menawarkan pelbagai promosi menarik dan lain-lain aktiviti sepanjang kempen tersebut.

Di samping itu, pengunjung yang berbelanja RM200 (RM170 bagi pemegang kad UOB) dan ke atas dalam maksimum dua resit sepanjang tempoh kempen akan layak menebus satu set sampul Raya eksklusif. Sementara itu, mereka yang membelanjakan RM450 (RM400 bagi pemegang kad UOB) dan ke atas akan berpeluang membawa pulang kusyen Iznik yang direka khas daripada the Curve. Semua penebusan adalah tertakluk kepada terma dan syarat serta sementara stok masih ada.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sambutan Raya the Curve, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan the Curve di 03-7710 6868 atau layari www.thecurve.com.my atau laman Facebook the Curve di www.facebook.com/theCurveShoppingMall.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *