(SEMASA) ‘UNBOXING’ SAMSUNG GALAXY A54 5G

Spread the love

Untuk pengetahuan para pembaca, pada tarikh 24 Mac 2023 yang lalu, Samsung Malaysia telah melancarkan dua peranti dalam segmen siri Galaxy A iaitu Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G yang baharu. Galaksi Media Online (GMO) sekali lagi mendapat peluang untuk membuat ‘UNBOXING’ atau belah kotak serta membuat sedikit ulasan berkaitan salah satu peranti tersebut iaitu Galaxy A54 5G.

Seperti ulasan Samsung Galaxy A73 5G sebelum ini, kotak pembungkusan Galaxy A54 5G masih mengekalkan tona warna putih sebagai asasnya. Gambaran depan menunjukkan warna dan rupa bentuk telefon pintar tersebut. GMO diberikan peranti berwarna biru dan dilabelkan sebagai Awesome Violet’. Saiz kotak ini kekal nipis seperti sebelum ini.

Berbalik kepada isi kotak tersebut, di dalam kotak telefon tersebut disertakan satu kabel USB-C tanpa pengecas penyesuai plag (adapter charger) berserta kad waranti dan buku panduan. Adapter charger ini perlu dibeli berasingan berdasarkan maklumat di dalam kotak tersebut. Ia menjadi kelaziman baru buat peranti Samsung walaupun selama ini peranti-peranti telefon di pasaran kebiasaanya didatangkan dengan adapter charger bersama di dalam kotak dan telefon pintar tersebut. Ini sedikit sebanyak menjawab kepada persoalan atau punca kenapa saiz kotak ini lebih nipis.

Bercakap mengenai fizikal telefon pintar tersebut, material telefon ini adalah berasaskan kemasan kaca premium dan ia selesa untuk dipegang di tangan dan bebas daripada bekas cap jari. Rekaan masih retro seperti sebelum ini dan berdasarkan maklumat sesawang Samsung, terdapat empat pilihan warna untuk model ini iaitu Awesome Graphite, Awesome Lime, Awesome Violet dan Awesome White.

Secara asasnya, telefon pintar ini mempunyai 4 ciri-ciri asas iaitu reka bentuk yang mengagumkan, video yang hebat berkejelasan tinggi untuk rakaman kandungan yang hebat menggunakan penstabil imej digital video (VDIS), tangkapan gambar yang hebat yang dipertingkatkan tidak kira siang atau malam dengan alat penyuntingan kreatif serta keupayaan Nightography dan paparan skrin Super AMOLED yang mengasyikkan bersaiz 6.4 inci.

Peranti ini juga dilengkapkan dengan bateri Li-Ion 5000 mAh yang mampu bertahan selama 2 hari serta lubang kamera depan Infinity-O yang terletak di garisan tengah.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *