(SEMASA) WALL’S PADDLE POP MERAIKAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA DENGAN MENGANJURKAN “PADDLE POP FUN CHALLENGE 2016” YANG PERTAMA DI LEGOLAND® MALAYSIA RESORT

Spread the love

02ISKANDAR PUTERI, 22 November 2016 – Wall’s Paddle Pop dengan kerjasama LEGOLAND® Malaysia Resort meraikan Hari Kanak-kanak Sedunia dengan menganjurkan “Paddle Pop Fun Challenge 2016” buat julung kalinya untuk 130 orang anak-anak yatim dari tujuh buah rumah kebajikan  dari Johor.

Sesuai dengan slogan “Let Kids be Kids” oleh Paddle Pop, acara sambutan yang dianjurkan hasil kerjasama antara Paddle Pop dan LEGOLAND® Malaysia Resort itu diadakan bagi membawa keriangan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Acara sambutan itu dimulakan dengan program tarian yang bertenaga bersama singa Paddle Pop, pertandingan teka-teki dan replika cabaran memadam kebakaran. Kanak-kanak tersebut turut berpeluang merasai keseronokan menaiki permainan LEGO® NINJAGO™ The Ride – tarikan terbaru yang terhebat di LEGOLAND® Malaysia Resort, dan akhir sekali menyerlahkan daya kreativiti mereka dengan membina struktur aiskrim impian mereka menggunakan batang serta pembalut aiskrim Paddle Pop. Mereka turut dihiburkan dengan persembahan muzik, makanan dan hadiah-hadiah menarik.

Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman Unilever (Malaysia) Holdings Bhd, Shiv Sahgal ketika berucap pada majlis itu berkata, “Kami berasa amat bertuah dan bangga kerana dapat menganjurkan acara ini yang selari dengan hasrat Paddle Pop untuk menggalakkan anak-anak yatim ini menikmati zaman kanak-kanak mereka dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan serta mencabar. Wajah mereka yang tersenyum riang ketika menyertai Paddle Pop Fun Challenge menjadikan kami amat gembira. Semoga mereka semua menghargai detik ini sama seperti kami yang menganjurkannya.”

“Acara kami pada hari ini turut disokong oleh Pelan Kehidupan Lestari Unilever (Unilever Sustainable Living Plan) yang bertujuan untuk memberi sumbangan kepada masyarakat setempat. Acara hari ini merupakan salah satu daripada berbagai-bagai jenis platform di mana Paddle Pop berinteraksi dengan kanak-kanak dan menyediakan persekitaran untuk mereka menerokai dunia sekeliling, kekal aktif dan menikmati zaman kanak-kanak,” tambah Shiv Sahgal.

“Kami berasa sangat gembira kerana dapat menjadi tuan rumah kepada kanak-kanak yang hebat seperti mereka sempena Hari Kanak-kanak Sedunia. Saya teringat akan nilai-nilai yang diterapkan pada hari istimewa ini – agar dunia dapat bersatu bagi meningkatkan tahap kebajikan kanak-kanak di seluruh dunia. Di LEGOLAND® Malaysia Resort, kami sentiasa memperjuangkan hak kanak-kanak untuk bermain dan kami merasa gembira kerana mempunyai rakan yang berfikiran serupa seperti Wall’s untuk menjayakan matlamat ini,” kata Pemangku Pengurus Besar LEGOLAND®, Young Pil-Kim.

Pada tahun 2014, Paddle Pop dan LEGOLAND® berjaya memecahkan rekod Malaysia Book of Records untuk “Lukisan Terbesar yang Dihasilkan oleh Kanak-Kanak”. Inisiatif untuk tahun ini memberi tumpuan dalam menggalakkan kanak-kanak menjadi diri mereka sendiri sambil menikmati pelbagai aktiviti menyeronokkan bersama Paddle Pop di LEGOLAND®. Tahun ini, semuanya adalah mengenai kanak-kanak ini dan memastikan mereka mendapat manfaat daripada hari yang penuh dengan kegembiraan dan keriangan dengan permainan-permainan yang merangsang imiginasi dan mencetuskan keseronokkan pada diri mereka serta pertandingan yang menggalakkan mereka untuk bersaing secara sihat.

Kanak-kanak yang menyertai Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia bersama Paddle Pop dan LEGOLAND® Malaysia Resort berusia antara 6 hingga 15 tahun. Mereka merupakan penghuni rumah-rumah anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Mersing, Agape Shelter Kluang, Pertubuhan Kebajikan Shan De Johor Bahru, Pusat Kebajikan Kalvari Johor, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Kota Tinggi, Pusat Kebajikan Care Haven Johor dan Grace Manna Home.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *