(HIBURAN) ‘Zamir’ juara Masterchef Malaysia All Stars

Spread the love

IMG_5167

Zamir , peserta termuda MASTERCHEF ALL STARS telah muncul sebagai juara dengan menewaskan pesaing terdekat beliau Celina Khor, sekaligus melayakkan beliau untuk menyumbangkan wang sumbangan sebanyak RM55,000 kepada Rumah Kebajikan Teduhan Kasih.

IMG_5150

Zamir yang pernah menyertai pertandingan MasterChef Malaysia musim pertama tetapi gagal ke pusingan terakhir pada pusingan tersebut telah memilih untuk menghidangkan Sup Cendawan sebagai pembuka selera, Sea Bass Gone Wild sebagai hidangan utama dan Kek Angle sebagai pencuci mulut.

Keputusan daripada 3 juri tetap program ini iaitu Chef Johari, Chef Zubir dan Chef Adu memilih Zamir sebagai pemenang dengan hanya perbezaan 4 mata sahaja berbanding pesaing Celina Khor.

IMG_5162

PROFILE  ZAMIR :

Nama : Arshad Zamir Mohd Azmi

Umur: 21 tahun

Asal: Shah Alam

Pekerjaan: Pelajar Kulinari

Hidangan Kegemaran: Burger dan Kentang Goreng

Lokasi Percutian Kegemaran: Itali

Pencuci Mulut Kegemaran: Creme Brulee

Manis atau Savouri: Savouri

Pedas atau Bawang Putih: Bawang Putih

HURAIAN SELEBRITI :

Cucu yang bagus adalah cucu yang mengamalkan apa yang diajar oleh datuk atau neneknya. Begitulah juga dengan Zamir yang belajar memasak daripada arwah neneknya dahulu. Zamir juga meminati Jamie Oliver yang berusaha mengubah dunia untuk memasak secara sihat. Kedua-dua mereka menjadi sumber inspirasi Zamir untuk memasak dan terus memasak.

Masakan Barat menjadi pilihan Zamir apabila memasak. Penyediaannya yang mudah dan cepat menarik minatnya untuk memasak masakan Barat. Zamir juga meminati masakan hidangan keluarga. Hidangan yang menjadi kebiasaan masyarakat di Malaysia.

Gaya masakan yang agak gelojoh, gelabah serta kucar kacir, namun masih dapat menghasilkan hidangan yang lazat, berkualiti dan sihat menarik minat Zamir untuk meminati Jamie Oliver. Zamir mengikuti hampir kesemua rancangan masakan Jamie Oliver sejak berusia 10 tahun lagi.

Zamir memasang impian untuk memasak hidangan istimewa untuk idola kesayangannya itu, Jamie Oliver. Zamir juga ingin idolanya itu mengenalinya dan mengenali masakan yang dihasilkan olehnya.

Memiliki sebuah restoran bertaraf 5 bintang merupakan impian dan cita-cita Zamir dalam bidang masakan. Dengan cara ini, Zamir dapat memperkenalkan masakan-masakan tempatan dan sekaligus mengharumkan nama Malaysia di mata dunia


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *