(SEMASA) Tencent: Jam Tangan QQ – peranti keselamatan terkini untuk kanak-kanak

Spread the love

03Satu-satunya  jam  tangan  di  dunia  yang  mampu  menjaga  pergerakan  dan  keselamatan anak anda dengan hanya satu klik.

Jam  tangan  QQ  merupakan  jam  tangan  pintar  kanak-kanak  pertama  di  dunia  yang  amat menarik  dan  dijadikan  sebagai  peranti  keselamatan  di  mana  peranti  tersebut  ,  mesra  pengguna terhadap  anak-anak  anda.  Dengan terhasilnya  produk  ini, jam tangan  QQ juga  mampu  mengambil gambar di mana mereka berada dan keselamatan anak anda hanya dibezakan melalui pemakaian jam  tangan  QQ  di  pergelangan  tangan  anak  anda.  Jam  tangan  ini  dapat  mengakses  maklumat utama  platform Tencent di  mana  mengandungi maklumat  seperti  (Tencent  Map,  Tencent  Big  Data and Tencent  Foundation).

13178846_10209027833029231_2408934855732778646_nTencent, syarikat gergasi internet platform di China

Untuk  pengetahuan  umum,  syarikat  Tencent  merupakan  antara  syarikat  yang  terbesar  dan servis  internet  portal-QQ  merupakan  antara  servis  yang  banyak  digunapakai  dan  terkandungnya pelbagai kategori yang unik seperti QQ Instant Messenger, Wechat, QQ.com, QQ Games, Q zone, Ten  Pay  dan  sekaligus  membentuk  komuniti  Internet  terbesar  di  China.  Tencent  telah  pun mendapat  kelulusan  dari  segi  hakmilik  tersendiri  berkaitan  teknologi  dalam  pelbagai  cabang antaranya  sistem  mesej  segera,  E-Perdagangan,  servis  pembayaran  secara  dalam  talian,  servis enjin  carian,  keselamatan  informasi,  permainan  dan  banyak  lagi.  Syarikat  Tencent  amat  komited dalam merperkukuhkan lagi perkembangan dan inovasi dari semasa ke semasa meningkatkan lagi pembangunan  jenama  syarikatnya  di  seluruh  pelusuk  dunia  lebih  daripada  50  peratus  pekerja tencent  diletakkan  di  bawah  sektor  penyelidikan  dan  pembangunan.  Pada  tahun  2007,  Tencent telah  melaburkan  wang  pelaburannya  sebanyak  RMB100juta  dalam  pembinaan  dan  penghasilan Institusi penyelidikan Tencent dan ia juga merupakan institusi penyelidikan yang pertama dibuka di China  dengan  kampus  terletak  di  bandar-bandar  utama  seperti  Beijing,  Shanghai,  dan  Shenzhen.

Institusi  tersebut  memfokuskan  pembangunan  teknologi  internet  dalam  meneruskan perkembangan dari segi pembangunan dan inovasi industri berkenaan. Visi  Tencent  dalam  jangka  masa  panjang  adalah  untuk  menjadi  syarikat  korporat  internet yang  dihormati  dan  disanjung tinggi  dari  segi  perkembangan  inovasi  internet  dan  teknologi.  Dalam memenuhi  tanggungjawab  sosial  korporat  dan  mempromosikan  komuniti  internet  awam,  Tencent telah  bergiat  aktif  dengan  melibatkan  syarikatnya  dalam  program  amal  dan  kebajikan.  Tencent juga  telah  memulakan  pelbagai  projek  kebajikan  merentasi  pelbagai  kawasan  di  China.  Tencent tetap  meneruskan  usaha  murni  mereka  dengan  membantu  membina  masyarakat  yang  harmoni dan menjadi warga korporat yang baik.

Tencent-qq-watchJAM TANGAN QQ

Jam  Tangan  QQ  didatangkan  dalam  3  variasi  warna  yang  berbeza  dan  menarik  iaitu kuning,  biru  dan merah  jambu.  Jam  tangan QQ mempunyai  ukuran saiz  41.5  x  16  x  57  mm  (strap: 218mm),  tidak  terlalu  besar  dan  tidak  terlalu  kecil  untuk  dipakai.  Bukan  sahaja  mampu  menarik perhatian  pengguna,  malahan  boleh  dipakai  dalam  pelbagai  gaya  yang  berbeza  seperti  di pergelangan  tangan,  kalung  dan  jam  poket.  Dengan  adanya  pilihan  gaya  yang  pelbagai,  ia  dapat membantu  terutamanya  pengguna  kanak-kanak  perempuan  untuk  menyuaipadan  dengan berbagai  jenis.  Skrin  Jam  tangan  QQ  ini  diperbuat  daripada  OLED  (organic  light-emitting  diode)  di mana  ia  akan  membantu  anda  mengalami  pengalaman  luar  biasa  dengan  menggunakan  resolusi HD  128*128  berdefinisi  tinggi,  dengan  tindak  balas  hanya  7milisaat.  Ciri  yang  terpenting  dalam penghasilan jam tangan QQ berukuran 1.12 inci. OLED skrin ini adalah bertujuan untuk melindungi dan  memelihara  mata  anak-anak  anda.  Kandungan  yang  ada  di  dalam  jam  tangan  QQ  adalah diperbuat  daripada  gred  makanan  gel  silica  dan  ia  juga  telah  mendapat  kelulusan  dari  segi  tahap gred  makanan  keselamatan  bayi.  Kandungan  tersebut  juga  adalah  bebas  dari  alahan  dan  anti-statik.  Jam  tangan  QQ  juga  dapat  membantu  dari  segi  penjagaan  kesihatan  anak-anak  anda, dengan  adanya  teknologi  kalis  air  NANO.  Teknologi  kalis  air  NANO  yang  terbaru  ini  mampu melindungi  Jam  Tangan  QQ  sehingga  tahap  IP65  di  mana  ia  merupakan  tahan  dari  tumpahan, anti-peluh  dan  debu.  Dengan  adanya  teknologi  sebegini,  ia  boleh  digunakan  dengan  pelbagai situasi  yang  berlainan.  Jam  tangan  QQ  mengimplan  antena  pensturkturan  secara  terus  kepada plat  dial  tanpa  ada  sebarang  gangguan  daripada  isyarat  dalaman.  Isyarat  tersebut  akan  menjadi lebih lancar dan begitu juga terhadap proses komunikasi antara satu pihak dengan pihak yang lain. Maka dengan adanya kemudahan teknologi yang terbaru ini, ia dapat mengurangkan lagi masalah gangguan  dan  masalah  talian  terputus.  Jam  tangan  QQ  didatangi  dalam  2  jenis  bahasa  bagi memudahkan  penggunaan  terhadap  pelbagai  komuniti  iaitu  Bahasa  Malaysia  dan  Bahasa Inggeris.

13147560_10209027889670647_7132645606960902910_oApa yang menarik tentang Jam Tangan QQ?

  Penghasilan  jam  tangan  pertama  dunia  ini  mengutamakan  terhadap  pengambilan  gambar sebagai sistem pengesanan yang terbaru, yang akan membolehkan ibu bapa atau penjaga mengetahui lokasi secara tepat di mana anak-anak mereka berada.

  Di  dalam  bahagian  jam  tangan  QQ  ia  mengandungi  cip  wifi  yang  mampu  mengesan rangkaian penghantaran isyarat.

  Kedudukan  GPS  diikuti  dengan  kedudukan  cip  U-BLOK  dianggap  sebagai  teknologi bergred  tinggi  yang  membolehkan  penjaga  atau  ibu-bapa  mengetahui  kedudukan  sebenar lokasi anak-anak mereka.

  Menggunakan  LBS  (LOCAL  BASED  SYSTEM)  iaitu  merupakan  servis  program  komputer berperingkat  yang  menggunakan  data  lokasi  bagi  mengawal  ciri-ciri  di  dalam  jam  tersebut. Fungsi  tersebut  dibantu  oleh  GPS  untuk  menghapuskan  masalah  terputus  talian  secara total.

  Sensor  graviti  mengukur  kesan  dan  kadar  pecutan  oleh  graviti  bumi  terhadap  peranti disertakan  cip  skala  sensor  di  dalam  jam  tangan  QQ,  di  mana  ia  merupakan  pelindung teknnologi  terkemuka  dunia  dalam/membantu  untuk  membetulkan  perkara  yang  ralat  dan menentu ukur lokasi.

  Pembacaan mesej  jam  tangan QQ  secara  sehala,  anda juga  boleh menetapkan  6  nombor ahli  keluarga,dapat  mengurangkan  masa  menunggu  kerana  sistem  pemantauan merupakan  24  jam.  Pengguna  jam  tangan  QQ  tersebut  hanya  boleh  membalas  mesej melalui membalas nota suara atau menghantar gambar dengan jam tangan tersebut.

  Komunikasi  secara  dua  hala  membolehkan  anda  menyimpan  sehingga  16  nombor  telefon (6  keluarga  +  10  rakan  kenalan)  anda  dengan  hanya  satu  klik  sahaja  anda  dapat berhubung  secara  terus  dengan  keluarga  atau  rakan  anda  atas  tujuan  keselamatan  dan  ia haruslah mendapatkan kelulusan daripada admin terlebih dahulu.

  Mekanisma  Jam  tangan  QQ  berfungsi  bersama  aplikasi  QQ  Watch,  di  mana  jam  tangan QQ  ini  membolehkan  anda  berhubung  atau  berkomunikasi  seperti  nota  suara  dengan menyambung secara terus kepada aplikasi jam tangan QQ tidak kira masa dan di mana jua anda berada.

  Jam  tangan  QQ  membolehkan  anda  mengambil  gambar  melalui  kamera  sebagai  interaksi bergambar  untuk  memberitahu  kenalan  anda  lokasi  yang  anda  berada.  Jam  tangan  QQ boleh  mendapatkan  gambar  dan  nota  suara  sesebuah  situasi  itu  tanpa  penggguna  jam  itu ketahui.

CIRI-CIRI YANG LAIN

Terdapat  banyak  lagi  fungsi  aplikasi  yang  ada  di  dalam  Jam  tangan  QQ  iaitu  boleh memastikan  keselamatan  kanak-kanak  secara  total  dan  perkembangan  kreativiti  mereka. Antaranya  ialah  cara  pengiraan  pedometer  untuk  mengetahui  tentang  ciri-ciri  amalan  hidup sihat,ramalan  cuaca,  system  penggera  juga  disertakan  bagi  mengajar  anak  kita  tentang pentingnya  pembahagian  masa  dan  tidak  dilupakan  juga  sejarah  trajektori  yang  mempunyai  1 bulan  kadar  simpanan  memori.  Ini  membolehkan  ibu  bapa  memantau  perkembangan  anak-anak dari masa ke masa.04 05 06 07 08 09 11-watch 12 13 14 15 16 17 18

Fungsi lain yang terdapat di dalam Jam Tangan QQ ialah:

-Menolak untuk tidak menjawab nombor yang tidak dikenali atas dasar keselamatan

-Membuat panggilan kecemasan dengan hanya satu klik

-Kalis air NANO yang melarang panggilan masuk semasa sesi kelas berlangsung.

-Mengemaskini bill telefon

-Sifar radiasi untuk memastikan keselamatn anak anda.

19

Tencent  kini  telah  bekerjasama  secara  rapat  dengan  Sibyl  World  Sdn  Bhd  di  Malaysia sebagai  wakil  utama  dalam  mengedarkan  Jam  Tangan  QQ  .  Jam  tersebut  kini  telah  menjadi antara  produk  rasmi  yang  diedarrkan  oleh  Sibyl  World  Sdn  Bhd  Malaysia.  Jam  ini  lebih  selamat  , kualiti  dijaga  rapi  dan  mesra  pengguna.  Ia  merupakan  antara  penghasilan  sesebuah  teknologi yang  berjaya  untuk  diperkenalkan  kepada  seluruh  penduduk  di  Malaysia  dan  Singapura  yang mampu  mengesan  pergerakan  anak-anak  anda  di  mana  jua  mereka  berada.  Marilah  sama-sama memudahkan pergerakan anda dan anak-anak anda dengan memiliki jam tangan QQ.watch-1 watch-new


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *