(SUKAN) AL-IKHSAN SPORTS TAWARKAN DISKAUN SEHINGGA 80% UNTUK LEBIH DARIPADA 10,000 KASUT DARI DUA JENAMA KASUT LARIAN TERBAIK

Spread the love

PETALING JAYA, 12 DISEMBER 2022 – Al-Ikhsan Sports mengadakan Jualan Harga Borong di The Paddock, Petaling Jaya bermula dari 12 Disember sehingga 18 Disember 2022 sempena menyambut kedatangan tahun baru 2023.

Selain daripada beberapa tawaran hebat yang sedia ada, 50 pencinta sukan terawal akan menerima baucer bernilai RM50 dari Al-Ikhsan Sports pada hari pelancaran jualan. Jualan Harga Borong pada tahun ini membawakan banyak pilihan kasut larian untuk pelanggan kami daripada dua jenama yang terkenal iaitu ASICS dan New Balance.

“Al-Ikhsan Sports mengalu-alukan pelanggan kami ke The Paddock untuk pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan dengan diskaun sehingga 80% untuk lebih 10,000 barangan daripada dua jenama terkenal iaitu ASICS dan New Balance. Sebagai peruncit sukan nombor 1 di Malaysia, Al-Ikhsan Sports sentiasa memastikan pelanggan kami menikmati harga yang terbaik. Sebagai contoh, anda boleh mendapatkan kasut larian kegemaran anda dengan harga lebih dari RM700-800 di tempat lain tetapi di Al-Ikhsan Sports, anda boleh dapatkannya dengan harga kurang dari RM200! Inilah kelebihan yang kami tawarkan kepada setiap pencinta sukan di Malaysia sejak 30 tahun yang lalu.” kata Encik Vach Piluttla, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports.

Al-Ikhsan Sports bakal membuka lagi cawangan baru di beberapa lokasi terpilih untuk memberi kesenangan kepada semua dalam mendapatkan produk barangan sukan dengan lebih mudah. Al-Ikhsan Sports menjadikan sukan mampu milik dan kini mempunyai 170 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia. Barangan Al-Ikhsan Sports juga boleh didapati melalui laman e-dagang rasmi di www.al-ikhsan.com.

Ikuti Al-Ikhsan Sports di Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan LinkedIn untuk maklumat lanjut.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *