SAO PAULO: Sebastian Vettel muncul pemandu termuda apabila merangkul gelaran dunia kali ketiga berturut-turut dalam sejarah Formula Satu awal pagi tadi walaupun sekadar menduduki tempat keenam di belakang Jenson Button yang menjuarai perlumbaan Grand Prix Brazil.
Pemandu Jerman berusia 25 tahun itu terbabit dalam pelanggaran pada pusingan pertama dengan pemandu Williams, Bruno Senna yang menyebabkannya tercicir di belakang tetapi bangkit dalam perlumbaan dramatik di atas permukaan basah di Litar Interlagos.
Pencabar tunggal Vettel yang juga juara dunia dua kali dari Sepanyol, Fernando Alonso menamatkan saingan di tempat kedua untuk Ferrari tetapi tidak mencukupi untuk mengatasi kekurangan 13 mata berbanding Vettel yang muncul juara keseluruhan dengan hanya kelebihan tiga mata. Perlumbaan ini juga merupakan perlumbaan terakhir Michael Schumacher yang menamatkan perlumbaan di tempat ke 7 sebelum bersara.