Tag: Sejarah

(SEMASA) PENGAKUAN BANDUAN DI SEGMEN ‘MESEJ DARI PENJARA’ – KERJASAMA TV3 DAN JABATAN PENJARA MALAYSIA PECAH TRADISI SEJARAH PENYIARAN TV MALAYSIA

WHI - Mesei Dari Penjara

Wanita Hari Ini (WHI) merupakan program bual bicara yang bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 12.00 tengahari hingga 1.00 petang mengkhususkan topik-topik kaum hawa yang merangkumi isu kewanitaan, kekeluargaan, kesihatan, keinsafan dan fesyen. Dikendalikan oleh barisan pengacara seperti Hasfizza Sabjahan, Azizah Ariffin, Nor Azzura Azizul Azman, Hazrena Kassim, Teh Syuhaida Sarip, Irin Putri Azmi dan Nabihah Rosdi, WHI terus menjadi pilihan dan rujukan utama golongan wanita di negara ini selepas 13 tahun program ini disiarkan. Read more →

(SUKAN) Sukan SEA Ke 27 Bakal Melakar Sejarah Emas Ke-1000 Buat Kontijen Malaysia

Gimik Pelancaran TV3 selaku Rakan Penyiar dan Tonton sebagai Rakan Digital Sukan SEA ke-27

Berita baik untuk semua peminat sukan tanahair! Sukan SEA kini kembali untuk edisi ke-27 dan bakal bersiaran di TV3, stesen televisyen nombor satu negara dan portal video Tonton! Digemuruhkan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) selaku Penaja Utama dengan kerjasama Milo, rakyat Malaysia berpeluang untuk mengikuti acara langsung dan perkembangan terkini Sukan SEA, sebuah temasya sukan dwitahunan berprestij yang menampilkan atlet-atlet terbaik dari seluruh Asia Tenggara. Read more →

(HIBURAN) “Teduhan Kasih” cipta sejarah

IMG_6388Disebabkan sambutan yang begitu menggalakan dan meriah terhadap drama bersiri “Teduhan Kasih’, pihak TV3 telah mengadakan tayangan khas tanpa henti episod akhir drama ini bertempat di RASTA , Sg. Penchala, Kuala Lumpur. Drama bersiri yang dilakonkan oleh Adi Putra, Sherry Ibrahim, Shah Iskandar, Nabila Huda, Zarina Zainuddin, Talha Harith, Julia Zieglar, Sharisha Chong dan diarahkan oleh Jamal Khan ini  telah mencipta sejarah sendiri apabila menjadi drama bersiri pilihan no 1 dengan catatan penonton tertinggi hampir 2.2 juta penonton (episod 20).  Read more →

(SUKAN) F1: Vettel catat sejarah 3 kali rangkul gelaran dunia

SAO PAULO: Sebastian Vettel muncul pemandu termuda apabila merangkul gelaran dunia kali ketiga berturut-turut dalam sejarah Formula Satu awal pagi tadi walaupun sekadar menduduki tempat keenam di belakang Jenson Button yang menjuarai perlumbaan Grand Prix Brazil.  Read more →

(SUKAN) Zulfahmi Cipta Sejarah Raih Podium Moto3 Di Sepang

SEPANG 21 Okt. – Pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin mencipta sejarah sebagai pelumba tempatan pertama meraih podium apabila menamatkan perlumbaan di tempat kedua pada GP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini. Zulfahmi, yang beraksi untuk pasukan AirAsia-Sic-Ajo menamatkan perlumbaan dalam masa 40:54.152s manakala pemenang, Sandro Cortese, dari Red Bull KTM Ajodari mencatat masa 40:54.123s. Tempat ketiga dimenangi pelumba Mapfre Aspar Team Moto3, Jonas Folger (40:54.370s). Pelumba Wildcard MOTO2 negara Hafizh Syahrin juga tidak ketinggalan mencatat sejarah apabila berjaya menamatkan perlumbaan ditempat keempat,Biarpun bermula dipetak ke-27 Read more →