(SUKAN) Juan Monaco menjuarai ATP Terbuka Malaysia 2012

Spread the love

Kali pertama menjejakan kaki ke Malaysia memberi tuah kepada pemain tenis no 11 dunia, Juan Monaco dari Argentina. Beliau menjuarai Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia ATP 2012 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Pada aksi final semalam pemain Argentina ini terpaksa mengerah segala tenaga dan kudrat bag menewaskan pemain pilihan ketujuh kejohanan dari Perancis iaitu Julien Benneteau dengan kiraan mata 7-5, 4-6, 6-3. Permainan yang berlangsung hampir 3 jam ini amat menghiburkan penonton yang hadir dengan aksi membalas pukulan diantara kedua-dua pemain. Kemenangan semalam menghidupkan peluang Monaco untuk melangkah ke Jelajah Dunia Akhir ATP pada November ini sebagai pemain tempat kelapan teratas. Sebaliknya malang buat Benneteau, 30, dari Perancis yang kini tewas tujuh kali dalam perlawanan akhir ATP. Benneteau turut mengakui terkilan dengan kekalahannya itu meskipun sudah melakukan yang sebaik mungkin dalam penyertaan pertamanya di Kuala Lumpur. Selaku juara Monaco membawa pulang trofi dan wang tunai $153,440 (RM468,982) sementara naib juara Benneteau pulang dengan hadiah $80,815 (RM246,963). Dalam pada itu, acara beregu dimenangi oleh gandingan Austria-Brazil, Alexander Peya-Bruno Soares. Gandingan tersebut menewaskan beregu Britain, Colin Fleming-Ross Hut- chins dengan 7-5, 5-7 (1) dalam pertarungan selama satu jam 43 minit. Mereka membawa pulang hadiah bernilai RM142,591 (AS$46,620) berserta trofi.

Galaksi Media Online (GMO) ingin berkongsi detik-detik pada perlawanan akhir ATP Terbuka Malaysia 2012,. [ Foto – Foto ] …. kredit gambar FAP Images


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *