(SEMASA) 1,000 banduan menari tarian kuda

Spread the love

MANILA – Seramai 1,000 banduan di Filipina menari tarian kuda yang dipopularkan oleh penyanyi rap Korea Selatan, Psy menerusi lagu Gangnam Style.

Klip video mengenai tarian kuda selama empat minit oleh banduan itu dimuat naik di laman perkongsian video YouTube oleh pihak berkuasa penjara di bandar Cebu kelmarin.

Para banduan tersebut menari di pekarangan penjara Pusat Pemulihan dan Tahanan di Cebu.

Sebahagian daripada banduan tersebut memakai baju berwarna oren.

Sejumlah lagi penari memakai baju berwarna hitam.

Rangkaian televisyen GMA melaporkan, lebih 1,000 orang telah menonton klip video itu di YouTube setakat ini.

Ia merupakan persembahan awam pertama oleh banduan berkenaan sejak Februari lalu.

Banduan-banduan tersebut pernah menjadi terkenal di internet pada 2007 selepas mereka meniru tarian Michael Jackson menerusi klip video Thriller.

Tarian kuda itu kini menjadi popular di kebanyakan negara termasuk di Amerika Syarikat.

Muzik video Gangnam Style itu telah ditonton lebih 324 juta kali di YouTube sejak ia dimuat naik pada 15 Julai lalu. – AFP

sumber : Kosmo


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *