(SUKAN) KEJUARAAN MOTORSIKAL ASIA FIM (ARRC) – PERMULAAN POSITIF BUAT ZAMRI

Spread the love

Zamri Baba on the SuperSports 600cc Race 2 podium with Yudhistira and Dimas Ekky

Mohd Zamri Baba memulakan aksi SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) dengan cukup positif apabila meraih dua kemenangan sekaligus mendahului kedudukan keseluruhan sebaik pusingan pertama kejuaraan berakhir di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.

Zamri Baba and Yudhistira battling for P1 during the SuperSports 600cc race at Sepang

Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu tenang menghadapi cabaran apabila menggunakan kelebihan pengalaman yang ada padanya untuk memenangi Perlumbaan 2 dengan masa keseluruhan 27’53.707s manakala pelumba meningkat naik dari Indonesia, Ahmad Yudhistira (Manual Tech KYT Kawasaki) yang dilihat memberi tentangan hebat kepada Zamri sebelum akur di tangga kedua dengan masa 27’54.481s.

Tempat ketiga milik Tomoyoshi Koyama yang pada asalnya di kedudukan keempat dengan masa 27’54.790s setelah Dimas Ekky Pratma (Astra Honda Racing team) dikennakann penalti digugurkan satu kedudukan akibat kesalahan memintas ketika bendera kuning dikibarkan.

“Saya gembira kerana dapat memenangi satu daripada dua perlumbaan hari ini terutama di hadapan keluarga, rakan-rakan dan keluarga,” jelas Zamri.

Hadir sebagai pelumba pilihan untuk memenangi kedua-dua perlumbaan, Zamri menjelaskan “Pada Perlumbaan 1, saya bermula kurang baik dan ketinggalan sedikit pada permulaan perlumbaan. Saya tidak mengulangi kesilapan sedemikian pada perlumbaan kedua dan mendahului perlumbaan sebaik pelumba dilepaskan. Namun Yudhistira memberikan tentangan sengit sepanjang perlumbaan apabila sering memintas saya dan berada di hadapan. Meskipun begitu, dengan pengalaman yang ada saya berjaya mengawal perlumbaan dan akhirnya berjaya memenangi perlumbaan kedua. Saya berterima kasih kepada seluruh pasukan yang bekerja keras sepanajng minggu ini dan juga pihak penaja.”

Zamri kini mendahului senarai keseluruhan dengan 45 mata, 11 mata mengatasi rakan sepasukan Yuki Takahasi yang mengumpul 34 mata manakala tangga ketiga dihuni Dimas  dengan 24 mata.

Terdahulu, pada Perlumbaan 1, Zamri muncul naib juara apabila tewas di tangan rakan sepasukan, Yuki Takahashi yang menamatkan 25 pusingan perlumbaan dengan masa 27’31.626s manakala Zamri dengan masa 27’33.199s. Tempat ketiga dimenangi pelumba AP Honda Racing Thailand dengan masa 27’43.481s.

Persaingan sengit diantara pelumba Jepun, Takehiro Yamamoto (Trickstar Racing) dan pelumba Thailand, Apiwat Wongthananon (AP Honda Racing Thailand) dalam kategori Asia Production 250cc berakhir dengan masing-masing berjaya memenangi Perlumbbaan 1 dan Perlumbaan 2.

Perlumbaan 1 menjadi milik Takehiro apabila berjaya memintas Apiwat di laluan lurus sebelum menuju ke garisan penamat dengan masa keseluruhan 20’38.176s, 0.035s di hadapan Apiwat sambil rakan sepasukan Vorapong Malahuan ketiga, 20’52.270s.

Perlumbaan 2 menyaksikan ketiga-tiga podium menjadi milik pasukan AP Honda Racing Thailand di mana Apiwat muncul juara dengan masa 20’45.779s diikuti Vorapong kedua, 20’45.865s dan Nakarin Atiratphuvapat ketiga, 20’45.870s.

Dua podium tersebut meletakkan Apiwat di tangga teratas dengan 45 mata manakala Takehiro kedua, 38 mata dan Vorapong ketiga, 36 mata.

Saingan Underbone 130cc menyaksikan strategi berpasukan membantu pasukan PETRONAS Yamaha Maju Motor mencatat kemenangan bergaya apabila berjaya bergelar juara dalam kedua-dua perlumbaan akhir.

AMN_2377

Ahmad Fazli Sham muncul juara Perlumbaan 1 dengan masa 19’14.112s sambil rakan sepasukan Abd Muhaimin Roslan di tangga ketiga dengan masa 19’17.99s. Pelumba Indonesia Hokky Krisdianto (R7 KYT AHRS SSS Racing Tech) muncul naib juara dengan masa 19’17.966s.

Sementara itu malang menimpa Fazli apabila jenteranya mengalami masalah pada Perlumbaan 2 namun Muhaimin berjaya menggalas tugas apabila muncul pelumba pertama melintasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 19’17.609s. Norizman Ismail (Harian Metro YTEQ SCK Honda) yang terjatuh pada perlumbaan pertama muncul naib juara dengan masa 19’17.642s sementara juara keseluruhan musim 2014, Gupita Kresna Wardhana (Manual Tech KYT Rextor) ketiga, 19’17.732s.

Muhaimin kini mendahului senarai keseluruhan dengan 41 mata diikuti Hokky kedua, 33 mata dan Fazli ketiga, 25 mata.

Pelumba wanita tunggal dalam kelas Asia Dream Cup (ADC), Muklada Sarapuech membuktikan kehandalan apabila berjaya menjuarai Perlumbaan 2 dengan masa 19’04.764s, hanya 0.016s mengatasi Yusuke Nakamura (Jepun) manakala tempat ketiga milik seorang lagi pelumba Jepun, Hiroki Nakamura yang menamatkan perlumbaan dengan masa 19’04.918s.

Muklada dan Hiroki kini berkonngsi kedudukan pendahulu dengan mengumpul 41 mata manakala Yusuke di tangga ketiga dengn 40 mata.

Saingan Cabaran Suzuki Asia (SAC) pula dimenangi oleh tiga pelumba Indonesia yang bersaing sengit ke garisan penamat dimana hanya 0.004s membezakan diantara juara, Andreass Gunawan dan Adhi Chandra. Andreas menamatkan perlumbaan dengan masa 16’15.754s manakala Adhi, 16’15.758s. Dedi Kurniawan ketiga dengan masa 16’16.257s.

Andreas kini mendahului jumlah pungutan mata dengn 45 mata diikuti Adhi dengan 33 mata dan pelumba Thailand, Patis Chooprathet ketiga, 25 mata.

Keputusan

SuperSports 600cc

Final 1

1.Yuki Takahashi (Hond) 27’31.626s 2.Zamri Baba (Honda) 27’33.199s 3.Ratthapong Wilairot (THA) 27’43.481s 4.Farid Badrul Hisham (Kawasaki) 27’44.336s 5.Dimas Ekky (Honda) 27’44.523s

Final 2

1.Zamri Baba (Honda) 27’53.707s 2.Ahmad Yudhistira (Kawasaki) 27’54.481s 3.Tomoyoshi Koyama (Honda)  27’54.790s 4.Dimas Ekky Pratama (Honda) 27’54.622s 5.Makoto Inagaki (Yamaha) 27’55.293s

Kedudukan Keseluruhan

1.Zamri Baba (Honda) 45 mata 2.Yuki Takahashi (Honda) 34 mata 3.Dimas Ekky Pratama (Honda) 24 mata 4.Ahmad Yudhistira (Kawasaki) 20 mata 5.Tomoyoshi Koyama (Honda) 20 mata

Anugerah Berpasukan

1.Musashi Boon Siew Honda Racing 50 mata 2.Astra Honda Racing Team 24 mata 3.AP Honda Racing Thailand 23 mata 4.Manual Tech KYT Kawasaki 20 mata 5.T.Pro Yuzy Honda NTS 20 mata

Asia Production 250cc

Final 1

1.Takehiro Yamamoto (Kawasaki) 20’38.211s 2.Apiwat Wongthananon (Honda) 20’38.211s 3.Vorapong Malahuan (Honda) 20’52.270s 4.Nakarin Atiratphuvapat (Honda) 20’52.350s 5.Ryunosuke Hyodo (Kawasaki) 20’52.359s

Final 2

1.Apiwat Wongthananon (Honda) 20’45.779s 2.Vorapong Malahuan (Honda) 20’45.865s 3.Nakarin Athiratphuvapat (Honda) 20’45.870s 4.Takehiro Yamamoto (Kawasaki) 20’50.325s 5.Ryunosuke Hyodo (Kawasaki) 20’53.645s

Kedudukan Keseluruhan

1.Apiwat Wongthananon (Honda) 45 mata 2.Takehiro Yamamoto (Kawasaki) 38 mata 3.Vorapong Malahuan (Honad) 36 mata 4.Nakarin Athiratphuvapat (Honda) 29 mata 5.Ryunosuke Hyodo (Kawasaki) 22 mata

Anugerah Berpasukan

1.AP Honda Racing Thailand 45 mata 2.TRICKSTAR Racing 38 mata 3.Akeno Speed Racing 20 mata 4.Yamaha Finson Racing 15 mata 5.Yamaha Factory Racing Indonesia 13 mata

Underbone 130cc

Final 1

1.Ahmad Fazli Sham (Yamaha) 19’14.112s 2.Hokky Krisdianto (Yamaha) 19’17.966s 3.Abdul Muhaimin Roslan (Yamaha) 19’17.995s 4.Ferlando Herdian (Yamaha) 19’18.101s 5.Rozaiman Mohd Said (Honda) 19’18.361s

Final 2

1.Abdul Muhaimin Roslan (Yamaha) 19’17.609s 2.Norizman Ismail (Honda) 19’17.642s 3.Gupita Kresna (Kawasaki) 19’17.732s 4.Hokky Krisdianto (Yamaha) 19’17.833s 5.Ferlando Herdian (Yamaha) 19’17.950s

Kedudukan Keseluruhan

1.Abdul Muhaimin Roslan (Yamaha) 41 mata 2.Hokky Krisdianto (Yamaha) 33 mata 3.Ahmad Fazli Sham (Yamaha) 25 mata 4.Gupita Kresna (Kawasaki) 25 mata 5.Ferlando Herdian (Yamaha) 24 mata

Anugerah Berpasukan

1.PETRONAS Yamaha Maju Motor 50 mata 2.R7 KYT AHRSS SSS Racing Tech 33 mata 3.Manual tech KYT Rextor 25 mata 4.BKMS Indonesia Racing Team 24 mata 5.Faito Factory Racing 20 mata

Asia Dream Cup

Final 2

1.Muklada Sarapuech (THA) 19’04.764s 2.Yusuke Nakamura (JPN) 19’04.780s 3.Hiroki Nakamura (JPN) 19’04.918s 4.Koko Masaharu (PHI) 19’04.982s 5.Febriansyah (INA) 19’05.071s

Kedudukan Keseluruhan

1.Muklada Sarapuech (THA) 41 mata 2.Hiroki Nakamura (JPN) 41 mata 3.Yusuke Nakamura (JPN) 40 mata 4.Koko Masaharu (PHI) 23 mata 5.Yogha dio (INA) 17 mata

Suzuki Asian Challenge

Final 2

1.Andreas Gunawan (INA) 16’15.754s 2.Adhi Chandra (INA) 16’15.758s 3.Dedi Kurniawan (INA) 16’16.257s 4.Takeru Murase (JPN) 16’17.132s 5.April King (PHI) 16’21.001s

Kedudukan Keseluruhan

1.Andreas Gunawan (INA) 45 mata 2.Adhi Chandra (INA) 33 mata 3.Patis Chooprathet (THA) 25 mata 4.Dedi Kurniawan (INA) 25 mata 5.Kai Saito (JPN) 18 mata


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *