(SUKAN) Pelancaran Pasukan Mayhem FX-Tune Racing Team untuk Sepang 1000 KM Endurance Race : Penampilan khas oleh pelumba selebriti Zizan Razak & Faye Kuisairi & Tengku DJan

Spread the love

Pelumba bersama penaja-penaja dengan kereta perlumbaan (1)29 Ogos 2016, SUBANG – Selepas kejayaan pasukan Mayhem dalam acara Malaysian Speed Festival yang lalu, kini pasukan Mayhem akan berentap di Sepang 1000 KM Endurance Race pada 1 September hingga 4 September 2016 anjuran Sepang International Circuit Sdn. Bhd. gimmick launchingPada musim kali ini, Mayhem FX-Tune memperkenalkan seorang pemandu professional dan terkenal dengan teknik drift beliau, iatu Tengku Djan Ley atau lebih dikenali sebagai Prince of Drift disamping Zizan Razak dan Faye Kusairi.

En Megat Shazreal, selaku pengurusan Pasukan dalam kenyataan beliau tentang penubuhan pasukan ini berkata, “Alhamdulillah. Secara rasminya, Tengku Djan Ley akan berada dalam barisan pelumba-pelumba untuk Mayhem-FX Tune Racing Team dalam acara Sepang 1000 KM pada 1 September hingga 4 September 2016, disamping 3 pelumba yang lain iatu Zizan Razak ( pelakon dan pelawak terkenal Malaysia), Faye Kusairi (Pelakon Malaysian), dan Keifli Othman (Ketua Pasukan/ Team Principal). Kami mempunyai harapan yang tinggi untuk perlumbaan musim ini”

Acara Sepang 1000 KM Endurance Race adalah rententan dari kejayaan pengajuran Merdeka Millenium Endurance Race pada tahun lepas. Perlumbaan untuk kali ini akan menyaksikan kereta-kereta dibawah 1600cc berentap dan penyertaan akan melibatkan pelbagai negara seperti Australia dan Jepun.

Perlumbaan S1K ini mempunyai 2 hingga ke 4 pelumba pada satu masa untuk menghabiskan jarak perlumbaan sebanyak 1000KM sekaligus mencabar kecergasan fizikal dan mental pemandu disamping kehebatan kereta yang dipandu mereka.

racing carPasukan Mayhem akan menggunakan jentera Proton Suprima S yang disediakan khas oleh R3 untuk salah satu acara yang dikenali dalam dunia sukan permotoran dan salah satu acara terbesar di Asia Tenggari ini.

Dengan memperkenalkan FX-Tune sebagai penaja utama untuk acara kali ini, disamping tajaan dari Beta Tools, Mavericks Garage 21, RevSuit, dan Beltenick, pasukan Mayhem mempunyai harapan yang tinggi untuk mengungguli S1K pada kali ini.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *