(SUKAN) REXONA BEKERJASAMA DENGAN ELECTRIC RUN BAGI MENGUMPUL SUMBANGAN BERJUMLAH RM100,000 UNTUK LIMA BADAN KEBAJIKAN ORANG KURANG UPAYA

Spread the love

Rexona 2Kuala Lumpur, 10 Mei 2016 – Jenama deodoran terkemuka dunia, Rexona bersama-sama lebih 15,000 pelari Electric Run melakukan pergerakan selama dua jam bagi memberi harapan kepada golongan kurang upaya untuk memperoleh semula keupayaan mereka untuk bergerak. Kempen Rexona Freshmoves yang dianjurkan untuk mengumpul sumbangan RM100,000 untuk lima badan kebajikan orang kurang upaya di Malaysia merupakan satu inisiatif unik yang menyaksikan para peserta ‘menyumbang’ dengan melakukan pergerakan pada acara Electric Run berkenaan.

Rexona 1Rexona bekerjasama dengan Electric Run sebagai Rakan Rasmi Freshmoves bagi memastikan para peserta kekal segar semasa mereka melakukan gerakan untuk tujuan amal. Beberapa alat pengesan gerakan diletakkan di tapak konsert bagi mengesan setiap Freshmoves yang dilakukan oleh para peserta di mana jumlah pergerakan terkumpul ditukar kepada sumbangan tunai.

Semasa berlangsungnya acara Electric Run pada 7 Mei di Padang Kelab Selangor, duta jenama Rexona yang baru dilantik, SonaOne membuat persembahan dan menggalakkan para peserta untuk melakukan pergerakan bagi tujuan amal dan pada masa yang sama kekal segar.

Ketua Kategori Penjagaan Kulit dan Deodoran, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd, Guan Lee berkata, “Kami amat berbesar hati kerana dapat menggalakkan orang ramai melakukan lebih banyak pergerakan menerusi Kempen Rexona Freshmoves. Sumbangan yang berjaya dikumpul akan disalurkan kepada lima badan kebajikan orang kurang upaya, bertujuan untuk mengubah kehidupan kanak-kanak serta para belia yang hilang keupayaan untuk bergerak akibat kemalangan atau penyakit seperti kencing manis. Sumbangan berkenaan akan digunakan bagi membeli alat bantuan berjalan seperti prostesis, tongkat, kerusi roda dan mendapatkan rawatan fisioterapi.”

Wang sumbangan berkenaan disalurkan kepada lima badan kebajikan orang kurang upaya iaitu Pusat harian Kanak-kanak Spastik, Legs for Legless oleh Kelab Rotary Bandar Sunway, Persatuan Orang Cacat Anggota Malaysia (POCAM), Persatuan Kanak-kanak Istimewa Ampang (SCSOA) dan Pertubuhan Amal Sosial Masyarakat Penyayang Malaysia.

“Semua orang berhak menjalani kehidupan yang lebih baik. Kami berharap agar sumbangan berkenaan mampu meningkatkan kehidupan mereka yang kurang upaya dan membolehkan mereka memperoleh semula keupayaan untuk bergerak. Melalui Kempen Rexona Freshmoves ini, kami berharap dapat memberi ilham serta menggalakkan rakyat Malaysia untuk bukan sahaja melakukan pergerakan bagi diri mereka sendiri malah bergerak bagi tujuan amal dan melakukan perubahan,” tambah Guan Lee.

Rexona Motionsense yang baharu diaktifkan melalui pergerakan. Ia mempunyai kapsul-kapsul mikro yang mengandungi wangian dan akan aktif apabila berlaku geseran, jadi dengan setiap gerakan, satu ledakan kesegaran akan dilepaskan. Rexona Motionsense menjadikan anda kekal segar dengan setiap pergerakan!

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/RexonaMY

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *