(SUKAN) SAINGAN ARRC DIJANGKA LEBIH SENGIT DI INDONESIA

Spread the love

EXPECTATIONS HIGH AS ARRC HEADS TO INDONESIA

Pertembungan jaguh-jaguh handalan Asia dijangka semakin sengit sebaik seluruh kontinjen Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) akan turun beraksi menghadapi pusingan kedua kejuaraan di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia bermula pada 4 hingga 7 Jun ini.

Zamri leading group

Beraksi di litar yang sentiasa meriah dengan kehadiran peminat-peminat tempatan selain pertembungan epik diantara pelumba-pelumba khususnya Indonesia dan Malaysia, Litar Sentul dijangka akan memberi kelebihan kepada pelumba tempatan berikutan kejayaan yang dicapai pada musim lepas dengan M.Fadli (Astra Honda Racing Team) meraih gelaran juara manakala H.A Yudhistira (Manual Tech KYT Kawasaki) berjaya meraih dua kedudukan podium di samping podium milik Dimas Ekky, kesemuanya dalam kategori SuperSports 600cc.

Zamri win Race 2 at Sepang

Meskipun begitu, kehadiran duo Musashi Boon Siew Honda Racing, Mohd Zamri Baba dan Yuki Takahashi yang muncul juara pada pusingan pembukaan di Sepang dijangka mampu untuk memberikan tentangan sengit sekalipun menerima tekanan daripada barisan pelumba tuan rumah seperti Dimas, Yudhistira, M.Fadli dan Rafid Topan (Team Kagayama Suzuki ASIA).

Selepas dua perlumbaan pada Pusingan 1 di Malaysia, April lepas, Zamri yang muncul naib juara Perlumbaan 1 dan juara Perlumbaan 2 kini mendahului senarai keseluruhan dengan 45 mata, 11 mata mendahului rakan sepasukan, Yuki diikuti Dimas dan Yudhistira, masing-masing dengan 24 mata dan 20 mata.

Zamri at starting grid

Kelibat pelumba Thailand, Ratthapong Wilairot juga dijangka mampu memberi tentangan sengit terutama dengan kejayaan meraih podium pertamanya sewaktu di Sepang.

Zamri at grid

Menambahkan kerancakan perlumbaan ARRC di Indonesia ialah saingan kelas Asia Production 250 (AP250) yang mula diperkenalkan pada musim ini dengan kelebihan dijangka memihak kepada lapan pelumba Indonesia yang pasti memberi aksi terbaik di hadapan penyokong tempatan.

Setakat ini, pelumba Thailand, Apiwat Wongthananon (AP Honda Racing Thailand) sedang mendahului kedudukan dengan 45 mata, tujuh mata mendahului pelumba Jepun, Takehiro Yamamoto (Trickstar Racing) diikuti rakan sepasukan Apiwat, Vorapong Malahuan ketiga dengan 36 mata.

Mohd Zamri Baba

Saingan kelas Underbone 130cc ketika ini didahului oleh Abd Muhaimin Roslan (PETRONAS Yamaha Maju Motor) dengan 41 mata diikuti Hokky Krisdianto (R7 KYT AHRS SSS Racing Tech) kedua, 33 mata dan rakan sepasukan Muhaimin, Ahmad Fazli Sham ketiga, 25 mata.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *