- Satu-satunya Platform Digital di Malaysia bagi Sukan Olimpik Rio 2016
- Pelanggan dapat menikmati liputan dan kandungan sukan Rio 2016 tanpa henti secara percuma dan eksklusif di HyppSports HD di 8 saluran khusus Live TV dan saluran interaktif bermula 25 Julai sehingga 2 September 2016
- Sukan Olimpik Rio 2016 juga boleh didapati pada aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere secara PERCUMA untuk semua pelanggan HyppTV
Sedang demam sukan Olimpik Rio 2016 kini mula dirasai di kalangan peminat sukan tanah air, Telekom Malaysia Berhad (TM) mengambil kesempatan ini untuk mengadakan kempen menarik yang menampilkan acara-acara di lokasi (on-ground) serta peraduan atas talian untuk disertai oleh semua rakyat Malaysia.
Kempen yang diadakan ini bukan sahaja bertujuan untuk menyemarakkan rasa cinta terhadap bidang sukan dan sokongan buat kontinjen negara; tetapi juga menunjukkan komitmen TM untuk memberikan pengalaman terbaik kepada semua peminat sukan di Malaysia. Antara aktiviti on-ground dan atas talian yang akan diadakan adalah Life Made Easier Road Tour, di mana TM akan mempamerkan penawaran terbaharu kepada para pelanggan dalam suasana santai dan menyeronokkan; dan pada masa yang sama mempromosikan inisiatif TM Team Malaysia melalui aktiviti berkaitan sukan semasa siri jelajahan tersebut diadakan.
Di samping itu, TM Team Malaysia sekali lagi akan menghimpunkan dan menggerakkan rakyat Malaysia – untuk menyokong atlet-atlet negara yang akan mengambil bahagian di Rio 2016 pada bulan Ogos nanti – dengan menganjurkan acara larian tahunannya yang dikenali sebagai “TM Team Malaysia Fan Run” pada 17 Julai 2016 di Putrajaya. Membawa kepada acara tersebut, TM juga mengadakan Team Malaysia Campus Road Tour 2016 yang sedang berlangsung sehingga hujung bulan Jun untuk mengumpulkan sokongan daripada para pelajar institusi pengajian tinggi di seluruh negara, bagi mengajak mereka untuk menjadi sebahagian daripada pasukan sorak TM Team Malaysia dan bersorak untuk atlet-atlet negara yang akan ke Olimpik.
Bukan itu sahaja; TM menerusi perkhidmatan IPTVnya yang pernah memenangi anugerah, HyppTV, akan menyiarkan acara sukan Olimpik Rio 2016 di saluran HyppSports HD (HyppTV Saluran 720-726) – sebagai Penyiar IPTV Rasmi bagi Sukan Olimpik Rio 2016 di Malaysia. Penyiaran sukan Olimpik Rio 2016 ini merupakan penyiaran acara sukan bertaraf antarabangsa itu buat pertama kalinya di HyppTV.
Mengulas mengenai perkara ini, Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM berkata; “Kami amat teruja kerana berpeluang untuk membawakan acara sukan bertaraf antarabangsa ini kepada penonton HyppTV buat pertama kalinya. Sesuatu yang menjadi tumpuan dan bertepatan dengan inisiatif TM Team Malaysia, HyppTV menunjukkan sokongan kepada atlet negara dengan menyediakan kandungan liputan secara langsung dan tanpa henti secara percuma dan eksklusif, bagi membolehkan rakyat Malaysia menyaksikan detik-detik apabila bendera Malaysia dikibarkan di acara sukan ini secara langsung.”
“Sebagai penyiar IPTV rasmi bagi Sukan Olimpik Rio 2016 di Malaysia, pelanggan kami turut berpeluang untuk menonton kesemua 42 acara yang dipertandingkan di Rio 2016 menerusi 8 saluran secara langsung (Live TV) khusus dan Saluran Interaktif di HyppSports HD (Saluran HyppTV 720 – 726) bermula 25 Julai sehingga 2 September 2016. Selain itu, mereka turut berpeluang menonton aksi-aksi sukan ini secara langsung ketika berada di luar rumah dengan aplikasi HyppTV Everywhere pada bila-bila masa dan di mana jua sepanjang berlangsungnya acara sukan ini. Ini merupakan aspirasi HyppTV untuk menjadi peneraju digital sebenar untuk pelanggan kami, menawarkan hanya kandungan yang terbaik sama ada secara atas permintaan atau secara linear dengan pengalaman tontonan yang terbaik,” katanya.
Berkongsi kegembiraan ini, Izlyn Ramli, Naib Presiden, Jenama dan Komunikasi Kumpulan, TM, berkata: “Sebagai Peneraju Konvergens Negara, kami amat teruja untuk membawakan Sukan Olimpik Rio 2016 buat seluruh rakyat Malaysia, bukan sahaja menerusi perkhidmatan dan platform digital kami, malah juga menerusi inisiatif TM Team Malaysia yang menyatukan peminat-peminat sukan di Malaysia dari pelbagai peringkat dan latar belakang untuk menyokong para atlet kita. Baru-baru ini di majlis Anugerah Sukan Negara, TM Team Malaysia turut diumumkan sebagai Pasukan Sorak Rasmi Atlet Malaysia oleh Menteri Belia dan Sukan – penghargaan kepada lebih 850,000 followers setakat ini. Walaupun kami tidak berada di Rio untuk menyokong para atlet negara, kami akan sentiasa berada di belakang mereka untuk memberi sokongan, menyemarakkan lagi semangat mereka untuk mendorong mereka agar mempamerkan aksi terbaik apabila membawa panji negara di acara Sukan tersebut.”
“Bercakap mengenai Sukan Olimpik, kandungan sukan ternyata akan menjadi tumpuan utama dan medium digital dan media sosial menjadi semakin penting untuk berinteraksi dengan para peminat. Inilah sebabnya kami mewujudkan satu-satunya Platform Digital di Malaysia untuk Sukan Olimpik Rio 2016. Sambil penonton kini beralih kepada medium atas talian untuk mendapatkan kandungan-kandungan Sukan Olimpik, kami telah bersedia untuk menyediakan kepada mereka pengalaman terbaik melangkaui liputan sukan. Melalui platform ini, pelanggan boleh menyaksikan sendiri budaya Sukan Olimpik tersebut, mendapatkan perkembangan terkini secara langsung terus dari Rio dan menonton acara-acara sukan daripada perspektif para atlet. Kami akan menyiarkan semua ini dan banyak lagi menerusi laman web rasmi – www.tm.com.my/Rio2016 – bersama-sama laman media sosial Team Malaysia (Twitter @TeamMalaysia dan laman Facebook rasmi www.facebook.com/TeamMalaysia),” tambah Izlyn.
Menjelang Sukan Olimpik Rio 2016 juga, Mei ini, HyppTV akan menyiarkan pelbagai program berkenaan sukan Olimpik di HyppSports HD, antaranya:
- ‘Guide To The Games’ yang mula bersiaran pada 28 Mei 2016 pada jam 9.00 malam di HyppSports 4 HD (HyppTV Saluran 704) – dokumentari khas sebanyak 30 episod mengenai sejarah acara sukan yang dipertandingkan di Sukan Olimpik tahun ini dan juga atlet yang akan bertanding
- ‘Host City Rio’, program dokumentari sebanyak sepuluh (10) episod, akan mempamerkan mengenai Rio, bandar yang menjadi tuan rumah, dalam persiapan mereka untuk menganjurkan acara sukan terkemuka di dunia. Program ini akan ditayangkan buat pertama kalinya dan secara eksklusif pada 30 Mei 2016 pada jam 9.00 malam di HyppSports 4 HD (HyppTV Saluran 704).
Bukan itu sahaja, pelanggan TM dan orang ramai turut berpeluang memenangi barangan eksklusif dengan menyertai peraduan atas talian melalui akaun twitter @TeamMsia dan di laman Facebook TM Team Malaysia dan tunjukkan sokongan kepada atlet Malaysia yang bertanding di Rio 2016 melalui hashtag rasmi – #KamiTeamMalaysia.
Sukan Olimpik Rio 2016 yang akan berlangsung di Rio De Janeiro, Brazil bermula 5 hingga 21 Ogos 2016 ini akan menyaksikan seramai 12 atlet Malaysia akan bertanding untuk negara, antaranya, Pandelela Rinong, Fatehah Mustapa, Azizulhasni Awang, Khairul Anuar Muhamad dan Nauraj Singh Randhawa.
Bertepatan dengan janji kami ‘Hidup Lebih Mudah’, pelanggan yang berada di luar rumah turut boleh menikmati kesemua saluran khusus Sukan Olimpik serta program HyppTV yang lain dan kandungan VOD pada peranti pintar mereka melalui aplikasi HyppTV Everywhere. Aplikasi mudah alih ini juga membolehkan pendaftaran dalam aplikasi (in-app registration) menggunakan nombor telefon bimbit, alamat e-mel dan Facebook untuk pelanggan UniFi, Streamyx dan juga orang ramai untuk menikmati perkhidmatan HyppTV. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play untuk Android dan App Store untuk Apple.
Untuk perkembangan terkini secara langsung dan eksklusif dari Rio dan untuk menyaksikan acara sukan yang berprestij ini, ikuti kami di akaun twitter rasmi TM Team Malaysia, @TeamMsia dan laman Facebook rasmi www.facebook.com/TeamMalaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai Sukan Olimpik Rio 2016 di HyppTV, sila layari www.tm.com.my/olympics.