Tag: add hope

(SEMASA) USAHA TAHUNAN KFC BAGI MEMBASMI KELAPARAN KEMBALI UNTUK TAHUN KE-10

IMG-20160611-WA003

KUALA LUMPUR, 10 JUN 2016 – Add Hope, sebuah inisiatif berterusan oleh KFC Malaysia untuk membasmi kelaparan kembali dengan lebih agresif Ramadan ini dengan pelbagai strategi untuk mengumpul dana dan membangkitkan sokongan dan kesedaran yang lebih tinggi daripada orang ramai. Pengacara dan pelakon popular Scha Alyahya, terus bekerjasama dengan KFC Malaysia untuk memainkan peranan sebagai jurucakap bagi usaha murni ini, membasmi kelaparan ke peringkat yang seterusnya.“Perjalanan tahun lalu bersama pasukan dalam usaha ini merupakan sebuah pengalaman yang amat menginsafkan/penuh keinsafan. Saya berasa amat tersentuh apabila melihat insan disekeliling kita tidak mampu untuk mendapatkan sumber makanan yang mencukupi, apatah lagi untuk memberi sesuap nasi kepada ahli keluarga mereka. Sebagai seorang ibu, saya tidak dapat membayangkan keperitan melihat anak sendiri tidur dalam keadaan lapar. Pengalaman tahun lepas telah menyedarkan saya bahawa situasi perit ini merupakan sebuah realiti yang terpaksa diharungi oleh sesetengah keluarga setiap hari. Pada masa yang sama ia juga memberikan saya kepuasan apabila melihat senyuman dan perubahan yang mampu kita lakukan menerusi Add Hope. Usaha murni ini sangat dekat di hati saya dan saya berasa amat berbesar hati untuk terus menyokong KFC melalui kempen ini,” ujar Scha. Read more →