Tag: AF 2013

(HIBURAN) Kejutan Juara AF 2013 Milik Faizul

IMG_2405cropSMALLgmo

FAIZUL menjadi juara AF 2013 mengalahkan 5 peserta lain dan membawa pulang hadiah wang tunai RM100K berserta kontrak rakaman bernilai RM100K dan trofi. Gelaran Naib Juara pula dirangkul oleh AZHAEL dan membawa pulang hadiah wang tunai RM30K dan trofi , tempat ketiga pula diraih oleh AMIRA yang membawa pulang hadiah wang tunai RM20K berserta trofi. Tempat ke 4 dimenangi oleh INDAH, manakala tempat ke 5 milik NABILA, AISHAH pula membawa pulang trofi untuk tempat ke 6. Read more →

(HIBURAN) Sani Meninggalkan AF 2013

IMG_9888gmo

Sani atau nama sebenarnya Kamsani Jumahat yang berasal dari Singapura menjadi peserta pertama yang tersingkir pada program realiti Akademi Fantasia 2013. Sani, 23, mendapat undian terendah sebanyak dua peratus selepas menyampaikan lagu nyanyian asal Jaclyn Victor berjudul Gemilang. Keputusan tersebut diumumkan oleh ‘Inspirer’ minggu ini iaitu Faizal Tahir. Program yang berlangsung di Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya ini merupakan episod pertama untuk program yang membuat kemunculan kembali setelah lama direhatkan. Dalam pada itu, peserta duo lelaki iaitu Mohd Azhar Osman, 25, dan Hal Husaini Razmi, 25, (Azhael) mengungguli persembahan pada malam itu dengan undian sebanyak 26 peratus. Read more →

(HIBURAN) Dato’ Siti Nurhaliza, Faizal Tahir & Melly Goeslaw – 3 nama besar di dalam AF 2013

IMG_9153crop

Buat pertama kali dalam sejarah penerbitan program Akademi Fantasia, AF 2013 (#AF2013) bakal membawa masuk tiga orang penghibur popular yang cukup disegani iaitu Dato’ Siti Nurhaliza (#SitiNurhaliza), Melly Goeslaw (#MellyGoeslow) dan Faizal Tahir (#FaizalTahir) untuk menerajui barisan tenaga pengajar sebagai Inspirer (#Inspirer). Kehadiran ketiga-tiga ikon yang tidak asing lagi dalam industri seni hiburan ini bukan sahaja untuk memberi bimbingan dan berkongsi pengalaman malah untuk memberi inspirasi kepada bintang-bintang AF dalam mempersiapkan mereka sebagai bintang masa depan. Read more →