Tag: Aizat

(HIBURAN) ‘Terukir Di Bintang’ juarai Anugerah Juara Lagu ke 27

IMG_3349smallGMO

Lagu “Terukir Di Bintang” yang dibawakan oleh Aizat yang menggantikan Yuna telah menjadi juara bagi Anugerah Juara Lagu Yang Ke-27. Tempat Kedua dimenangi oleh ‘Idola’ nyanyian Azlan & The Typewriter, manakala tempat ke tiga dimenangi oleh ‘Ku Akui’ nyanyian Hafiz. Persembahan terbaik pula dirangkul oleh Black dan Rj.  Hafiz pula memenangi vokal terbaik buat kali kedua berturut-turut.    Tahniah pada semua pemenang.

(HIBURAN) Mini Konsert Amal ‘Untukmu Palestin’

Walaupun jauh beribu batu, namun suara rintihan dan kesengsaraan hidup rakyat Palestin yang terus ditindas oleh rejim Zionis tidak pernah dipandang ringan oleh rakyat Malaysia. Susulan daripada pelancaran Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad yang berlangsung di Karnival Jom Heboh Kuantan pada hari Sabtu lalu, TV3 dengan kerjasama Primeworks Studios bakal menerbitkan mini konsert amal ‘Untukmu Palestin’ pada 29 November 2012 (Khamis) yang akan disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam bermula jam 11.00 malam. Read more →