Selari dengan aspirasi Astro untuk menjadi peneraju kandungan utama di negara ini, pihak kami sentiasa mencari peluang untuk terus memperbaharui pengisian kandungan tempatan yang ditawarkan bagi mempertingkatkan nilai kedudukan di pasaran demi memenuhi corak permintaan para pelanggan.
Bagi memenuhi tuntutan ini, pihak Astro Ria dengan berbesar hati melancarkan semula perintis program realiti hiburan tanah air yang telah mencetuskan fenomena luar biasa dalam industri seni tanah air iaitu Akademi Fantasia yang kini kembali serba baru yang tidak pernah disaksikan sebelum ini. Read more →