(HIBURAN) Akademi Fantasia 2013 kembali ??

Spread the love

IMG_2347

Selari dengan aspirasi Astro untuk menjadi peneraju kandungan utama di negara ini, pihak kami sentiasa mencari peluang untuk terus memperbaharui pengisian kandungan tempatan yang ditawarkan bagi mempertingkatkan nilai kedudukan di pasaran demi memenuhi corak permintaan para pelanggan.

Bagi memenuhi tuntutan ini, pihak Astro Ria dengan berbesar hati melancarkan semula perintis program realiti hiburan tanah air yang telah mencetuskan fenomena luar biasa dalam industri seni tanah air iaitu Akademi Fantasia yang kini kembali serba baru yang tidak pernah disaksikan sebelum ini.

IMG_2338

Rancangan realiti yang memberi inspirasi, aspirasi serta hiburan daripada peserta di Akademi. Rancangan ini direka khusus untuk membentuk peserta menjadi bintang dalam persekitaran hiburan-akademik. Ia juga dirangka khas menyemai nilai-nilai murni serta memberikan inspirasi dengan memupuk sikap keterbukaan, kebanggaan, keazaman dan melangkaui diri sendiri.

IMG_2352

Bakal menyaksikan kebangkitan bintang sebenar, Akademi Fantasia 2013 akan memulakan penjelajahan di lima buah negeri seluruh Malaysia iaitu Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Sabah dan Selangor sepanjang bulan Jun ini untuk sesi uji bakat bagi mengenal pasti calon-calon terbaik yang dilihat layak untuk diketengahkan dan diberi bimbingan untuk Akademi Fantasia 2013.

Anda juga boleh berinteraksi, berkongsi pengalaman dan mendapatkan info-info terkini Akademi Fantasia seperti foto-foto ketika ujibakat, sidang media dan acara-acara berkaitan melalui laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram.

AF2013small

Menariknya, beberapa pembaharuan telah diperkenalkan bagi memantapkan lagi mutu pengisian program agar terus segar serta menepati kehendak para penonton yang dahagakan program-program berkualiti. Untuk musim terbaru ini, calon peserta juga boleh memilih untuk sama ada menyertai program ini secara solo ataupun dengan pasangan duet. Selain itu, calon peserta juga masih boleh memilih untuk menghantarkan klip video penyertaan secara online di laman sesawang rasmi.

Program Akademi Fantasi 2013 ini dijadualkan untuk mula bersiaran di saluran rasmi Astro Ria (104) pada bulan September kelak. Butir-butir lanjut mengenai program akan diumumkan pada sidang media yang akan datang

Selain itu, Astro juga turut mengumumkan tarikh dan lokasi ujibakat di lima buah negeri iaitu:

1. Johor
Hotel The Zon, Johor Bahru
1 & 2 Jun 2013

2. Pulau Pinang
Hotel Vistana, Pulau Pinang
8 & 9 Jun 2013

3. Sarawak
Hotel Merdeka Palace, Kuching
15 & 16 Jun 2013

4. Sabah
Hotel Promenade, Kota Kinabalu
22 & 23 Jun 2013

5. Selangor
Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam
29 & 30 Jun 2013

Syarat-Syarat Ujibakat:

  1. Penyertaan terbuka kepada peserta Solo dan Duo
  2. Penyertaan 18 – 35 tahun pada tarikh ujibakat diadakan
  3. Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Singapura
  4. Bawa Salinan IC dan 2 keping gambar berukuran 4R (gambar profil dari paras pinggang)
  5. Bebas menyanyikan sebarang genre lagu secara acapella.
  6. Penyertaan juga boleh dihantar secara online seperti berikut: Hantarkan borang yang lengkap berserta pautan video youtube anda ke akademifantasia@astro.com.my

Hantarkan Video Ujibakat Anda!
Akademi Fantasia menawarkan perkhidmatan interaktif khas untuk anda! Dapatkan info-info ujibakat, syarat-syarat penyertaan serta ujibakat secara ONLINE dengan melayari akademifantasia.com.my. Ikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Pilih lagu yang terbaik untuk dinyanyikan
  2. Rakamkan video nyanyian anda secara kreatif
  3. Muat naik video anda di youtube sendiri
  4. Isi borang uji bakat yang terdapat di laman web ini bersama dengan youtube link. Untuk penyertaan secara duo (2 orang) anda perlu mengisi borang secara individu
  5. Hantarkan borang yang lengkap berserta pautan video youtube anda keakademifantasia@astro.com.my
  6. Video-video yang terpilih akan dihubungi oleh pihak produksi untuk ke peringkat seterusnya. Anda tidak perlu melalui peringkat pertama dan terus mara ke peringkat ke-2
  7. Video Setiap penyertaan adalah hak milik Measat Broadcast Network System (MBNS)
  8. Tempoh uji bakat secara ONLINE, 23 Mei 2013 sehingga 29 Mei 2013

Penonton boleh berinteraksi dan mendapatkan info tentang AF2013 di laman Facebook:www.facebook.com/AkademiFantasia2013

Twitter: www.twitter.com/AkademiFantasia @AkademiFantasia dan Instagram: @AkademiFantasia


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *