Tag: astro

(HIBURAN) ASTRO ORIGINALS PERSEMBAHKAN DRAMA PREMIUM DIINSPIRASIKAN DARIPADA PERISTIWA YANG BERLAKU DI MALAYSIA, ‘ONE CENT THIEF’

Kuala Lumpur, 4 Oktober 2022 – Astro Originals mempersembahkan sebuah drama premium terbaru, ‘One Cent Thief’ yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar yang pernah menggemparkan Malaysia dan masih diperkatakan sehingga kini, dan kemudian diolah menghasilkan sebuah jalan cerita baru dengan diselitkan nilai komersial untuk tontonan.  One Cent Thief mengisahkan tentang Iman Shah seorang pekerja bank yang terdesak untuk membiayai kos rawatan serta melangsaikan hutang abahnya kepada ceti haram. Dengan menggunakan kepintarannya, dia telah  menggodam sistem Bintang Bank untuk mencuri satu sen dari setiap akaun pelanggan bank dan berjaya mendapatkan jumlah wang yang besar. Read more →

(HIBURAN) STRIM 190 PROGRAM ISTIMEWA SEPANJANG SYAWAL DI ASTRO

Tema ‘Semangat Lebaran Kita’ telah diangkat untuk menerajui Kempen Ramadan Raya Astro 2022 bersesuaian dengan transisi kita ke fasa endemik dan pembukaan semula negara secara selamat, yang membolehkan kita kembali semula kepada rutin yang hampir normal setelah dua tahun berperang dengan pandemik Covid 19. Read more →

(HIBURAN) Astro dan Discovery bekerjasama menerbitkan ‘Star Vs Food Malaysia’, rancangan realiti masakan tempatan dengan selebriti dan cef terkemuka

Kuala Lumpur, 11 April 2022 – Astro dan Discovery Networks mempersembahkan rancangan realiti masakan baharu, Star Vs Food Malaysia, menampilkan barisan selebriti hebat Malaysia, digandingkan bersama cef-cef terkenal. Tayangan perdana Star Vs Food Malaysia bermula 16 April di PRIMEtime (Saluran 704). Rancangan realiti masakan tempatan ini adalah berdasarkan format asal Discovery, ‘Star Vs Food’, yang menyaksikan kejayaan musim pertama di India. Read more →

(HIBURAN) Astro Raikan Pelanggan Setia Menerusi Kempen ‘Meriah Bersama’ Ramadan & Raya 2018

 

2 Mei 2018, Kuala Lumpur – Ramadan 1439 Hijrah bakal menjelang tiba dan bulan keampunan ini dinantikan seluruh umat Islam yang menyambutnya. Stesen televisyen Astro saban tahun meraikan kedatangan bulan mulia ini dengan pelbagai pengisian menarik dan penjiwaan bulan Ramadan ini dizahirkan menerusi seleksi program hebat di kesemua platformnya termasuklah di ruangan digital, televisyen, radio dan menerusi penganjuran aktiviti lapangan (‘on ground’). Read more →

(HIBURAN) 3 Cerita Dongeng, 1 Nafas Baru; ‘SUATUKALA’ Bakal Menggamit Nostalgia Ibu Bapa dan Tawar Pengalaman Menyeronokkan Untuk Anak-Anak

Astro bakal menceriakan musim cuti persekolahan yang akan datang ini dengan membawakan cerita-cerita rakyat popular dari negara Nusantara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei menerusi sebuah filem televisyen (FTV) bertajuk ‘Suatukala’. Tiga hikayat dongeng lama, ‘Merah Puteh’, ‘Malin Kundang’ dan ‘Badang’ telah diberi nafas baru dan diceritakan semula dalam filem televisyen (FTV) ‘Suatukala’ untuk tontonan seisi keluarga. Ia dijangka menemui penonton mulai 15 Mac ini di Astro First Eksklusif saluran 480 dan menerusi platform digital, ‘on demand’.

‘Suatukala’ merupakan sebuah karya antologi yang dizahirkan oleh tiga pengemudi utama yang menduduki kerusi Pengarah. ‘Merah Puteh’ mendapat sentuhan pengarah hebat, Shamyl Othman. ‘Badang’ pula menampilkan Nik Amir Mustapha, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia seni tanah air. Manakala ‘Malin Kundang’ diarahkan oleh seorang pemain baru yang begitu berpotensi besar, saudara Edison Cheam.

FTV ini turut menampilkan nama-nama terkemuka yang terlibat secara langsung di hadapan dan di belakang tabir termasuklah Yusry Abdul Halim yang mengetuai bahagian efek khas serta gabungan pelakon berpengalaman dan bakat-bakat muda yang amat berbakat. Mereka termasuklah Kamal Adli, Dynas Mokhtar, Amir Raja Lawak, Sharifah Shahirah, Liza Othman, Rykarl Iskandar, Wafiy Ilhan, Sweet Qismina, Harith Haziq, Qistina Raisah, Arel Azimi, Syumaila, Zynakal, Arif Karim dan Firdaus Ghufran. Read more →