Tag: BCL

(HIBURAN) PELANCARAN BCL, ANUAR ZAIN & YUKA KHARISMA LIVE IN CONCERT

KUALA LUMPUR- Konsert gabungan dua buah negara memang kerap kali diadakan di ibu kota Malaysia bagi mempamerkan keakraban antara Malaysia dan Indonesia. Namun berbeza untuk kali ini, tiga nama yang belum pernah disatukan dalam satu pentas, akhirnya dipertemukan di atas nama “BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert’ yang bakal berlangsung pada 28 April 2018 ini. Lebih menarik lagi tiga penyanyi dengan peminat tersendiri ini akan disatukan di pentas yang penuh berprestij iaitu di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Konsert ini juga merupakan penampilan pertama BCL serta Yuka untuk sebuah konsert berskala besar di Kuala Lumpur.  Read more →