Tag: Bintang Mencari Bintang

(HIBURAN) BINTANG MENCARI BINTANG – TITAN UNGGULI KUMPULAN B

Persembahan dari TITAN (Sabri Yunus)

Kumpulan A yang terdiri daripada BOWL (Afdlin Shauki), ACHEY (Harun Salim Bachik), TOCAI (Senario), TAPAW (Faizal Ismail), BIG TOO (Sabri Yunus) dan KELAWAK (Raja Azura) telah membuka tirai pertarungan Bintang Mencari Bintang (BMB) dengan persembahan yang mantap dan menghiburkan. Setelah menyaksikan kehebatan konsert pertama dari kumpulan A, pastinya para penonton sudah tidak sabar untuk menunggu konsert dari kumpulan B pula. Semalam, tiba giliran kumpulan B yang diwakili BOCIK (Afdlin Shauki), XOXO (Harun Salim Bachik), GEGAU (Senario), AJO (Faizal Ismail), TITAN (Sabri Yunus) dan AWOK (Raja Azura) beraksi meraih sokongan daripada para peminat dan juri. Read more →

(HIBURAN) Bintang Mencari Bintang – SERATA GALAKSI MENCARI LEGASI

aksi BOWL bersama hos BMB

KUMPULAN A MEMBUKA GELANGGANG BMB AHAD INI

Selama 2 minggu, program realiti terbaru TV3, Bintang Mencari Bintang (BMB) telah mempamerkan kemampuan 2 solo dan 10 kumpulan menerusi konsert pengenalannya pada 10 Mac & 17 Mac. Ahad ini, Kumpulan A yang terdiri daripada BOWL (Afdlin Shauki), ACHEY (Harun Salim Bachik), TOCAI (Senario), TAPAW (Faizal Ismail), BIG TOO (Sabri Yunus) dan KELAWAK (Raja Azura) akan memulakan persaingan pertama di gelanggang BMB. Read more →

(HIBURAN) 6 SIFU MULAKAN MISI MELAHIRKAN BINTANG!

Para Anak Didik Program Bintang Mencari BintangGMO

2 Solo & 10 Kumpulan Berentap Merebut RM200,000

Petaling Jaya, 6 Mac 2013Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Kumpulan Senario (Wahid, Mazlan, Azlee), Raja Azura, Sabri Yunus dan Faizal Ismail (FBI) merupakan nama-nama besar dalam industri hiburan tempatan. Kewibawaan mereka dalam bersketsa komedi dan menyanyi ternyata tidak boleh dinafikan dan mereka ini layak bergelar Sifu. Berbekalkan pengalaman, ilmu serta bakat yang dimiliki, bermulalah peranan kesemua Sifu ini untuk memberikan tunjuk ajar serta menggilap bakat anak didik pilihan masing-masing berkaitan dengan bidang sketsa komedi dan nyanyian bagi memperlengkapkan diri sebagai penghibur versatil. Selain itu, Sifu juga bertindak sebagai idola yang memberi inspirasi kepada anak didik mereka. Sifu dan anak didik manakah yang bakal meraih gelaran juara Bintang Mencari Bintang? Read more →