Tag: Raja Azura

(SEMASA) ‘Sajian Bijak Raya’ Kimball Bersama Pengacara TV Popular, Raja Azura & Chef Rohani Jelani Menjadikan Rumah Terbuka Hari Raya Mampu Milik Bagi Semua

Petaling Jaya, 5 Jun 2017 – Hari Raya adalah masa untuk bergembira, namun, dengan peningkatan kos sara hidup ketika ini, ia boleh menimbulkan keresahan kepada golongan ibu-ibu Melayu yang meraikannya kerana perlu memikirkan cara berbelanja secara berhemah untuk membeli keperluan perayaan seperti makanan, pakaian dan perhiasan untuk sambutan setahun sekali ini. Read more →

(HIBURAN) Bintang Mencari Bintang : Tiada Penyingkiran Di Separuh Akhir Ke-2

Kelima-lima anak didik mara ke separuh akhir ketiga setelah tiada penyingkiran pada minggu lalu

Program realiti Bintang Mencari Bintang melakukan kelainan apabila tidak ada penyingkiran berlaku di akhir program konsert separuh akhir kedua semalam. Sementara itu, anak didik Afdlin Shauki, Bochik mempamerkan persembahan bertenaga seterusnya memikat juri profesional, undian SMS dan juri awam dengan mendahului markah keseluruhan tertinggi 68 markah. Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00 hingga 10.30 malam, BMB membariskan 6 Sifu yang bukan calang-calang orangnya dalam industri hiburan iaitu Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Senario, Sabri Yunus, Raja Azura dan Faizal Ismail untuk mengetengahkan bakat baru dalam bidang sketsa komedi dan nyanyian. Read more →

(HIBURAN) Bintang Mencari Bintang – ‘AJO TERSINGKIR ‘

Ajo (Faizal Ismail) tersingkir pada konsert separuh akhir pertama apabila mendapat markah terendah

Keputusan separuh akhir pertama telah meletakkan Achey (Harun Salim Bachik) sebagai juara mingguan dengan markah tertinggi sebanyak 67.4 dan diikuti oleh Bowl (Afdlin Shauki) 63.6 markah, Titan (Sabri Yunus) 63.0 markah, Bocik (Afdlin Shauki) 56.3 markah dan Tapaw (Faizal Ismail) 54.7 markah. Manakala Ajo anak didik kepada Faizal Ismail terpaksa meninggalkan pentas BMB apabila meraih markah terendah sebanyak 53.0 markah. Read more →

(HIBURAN) Bintang Mencari Bintang (BMB) Minggu Ke-3 Kump A

DEX_0904gmo

Serata Galaksi Mencari Legasi… itulah tagline program realiti terbaru TV3, Bintang Mencari Bintang (BMB) yang ingin menonjolkan bakat sketsa komedi dan nyanyian 12 anak didik dari 6 sifu yang cukup dihormati, Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki, Senario, Sabri Yunus, Raja Azura dan Faizal Ismail. Read more →

(HIBURAN) 6 SIFU MULAKAN MISI MELAHIRKAN BINTANG!

Para Anak Didik Program Bintang Mencari BintangGMO

2 Solo & 10 Kumpulan Berentap Merebut RM200,000

Petaling Jaya, 6 Mac 2013Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Kumpulan Senario (Wahid, Mazlan, Azlee), Raja Azura, Sabri Yunus dan Faizal Ismail (FBI) merupakan nama-nama besar dalam industri hiburan tempatan. Kewibawaan mereka dalam bersketsa komedi dan menyanyi ternyata tidak boleh dinafikan dan mereka ini layak bergelar Sifu. Berbekalkan pengalaman, ilmu serta bakat yang dimiliki, bermulalah peranan kesemua Sifu ini untuk memberikan tunjuk ajar serta menggilap bakat anak didik pilihan masing-masing berkaitan dengan bidang sketsa komedi dan nyanyian bagi memperlengkapkan diri sebagai penghibur versatil. Selain itu, Sifu juga bertindak sebagai idola yang memberi inspirasi kepada anak didik mereka. Sifu dan anak didik manakah yang bakal meraih gelaran juara Bintang Mencari Bintang? Read more →