Kuala Lumpur, 29 Februari 2024 – camel active, pemilik jenama pakaian kasual gaya hidup dan lasak bertaraf antarabangsa teruja mengumumkan pembukaan kedai perdana pertama miliknya di Lalaport BBCC. Kedai yang berorientasikan konsep terkini dan moden itu dibuka seiring dengan kemunculan koleksi baru C by camel active yang menyasarkan golongan muda bandar, lelaki dan wanita. Perkembangan mengujakan ini menjadi penanda aras kepada camel active dalam menampilkan produk tersendiri yang lasak, tahan lama dan serba boleh dengan kualiti premium kepada pelanggan setianya di seluruh Malaysia. Read more →