Tag: #CLEARHEADPROJECT

(SEMASA) KEM #CLEARHEADPROJECT MENJANA TRANSFORMASI PENCIPTA KONTEN TUNAS, MEMBENDUNG KEGELISAHAN PRESTASI DAN MENYALAKAN KREATIVITI

KUALA LUMPUR, 8 DECEMBER 2023 – Kem #CLEARHeadProject yang merupakan sebuah usaha rintis oleh jenama pakar kulit kepala, CLEAR menerusi kerjasama dengan Watsons Malaysia, telah pun disempurnakan dengan jayanya. Ia meninggalkan impak yang besar dan berkekalan kepada 20 pencipta konten tunas yang telah mengambil bahagian dalam program tersebut. ‘Bootcamp’ atau kem latihan ini, yang telah dirumus bagi membendung kegelisahan prestasi serta menaikkan keyakinan kendiri, telah memperkasa bakat-bakat muda tersebut untuk mengatasi perasaan ketakutan mereka ke atas tanggapan orang lain, membolehkan mereka meluahkan potensi kreativiti kendiri, lalu melakar kecemerlangan dalam dunia digital. Read more →