Putrajaya, 19 Mei 2025 – Ejen Ali kembali beraksi, dan misinya kali ini lebih besar daripada sebelumnya! Merupakan satu detik bersejarah dalam dunia animasi tempatan, Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) muncul semula menggegarkan layar perak menerusi tayangan perdana yang berlangsung malam ini di IOI City Mall, Putrajaya. Setelah sekian lama dinantikan para peminat di dalam dan luar negara, filem ini membawa penonton menyelami semula dunia ejen muda kegemaran ramai menerusi sebuahpengalaman animasi 3D yang menakjubkan serta padat dengan aksi, pengembaraan, di samping penceritaan heroik yang sesuai untuk semua peringkat usia. Read more →
