Agak lama juga GMO tidak mendapat jemputan dari pihak MIG, tidak pasti sebabnya dan mungkin berlaku kesilapan teknikalnya. Tapi apa-apa pun, terima kasih kepada rakan media yang lain kerana sudi berkongsi “event hiburan” dengan pihak kami serta staff MIG yang menjemput secara lisan. OK la, kita berbalik kepada tayangan perdana filem ‘Awak Nak Kahwin Dengan Saya?’ yang merupakan filem ke 92 terbitan MIG. Seperti kita sedia maklum, pelakon utama filem ini iaitu Erin Malek baru sahaja memenangi pertandingan realiti TV “Fear Factor” dan nama beliau masih segar dalam perkembangan hiburan semasa kini. Read more →
Tag: Fezrul Khan
(HIBURAN) SAMARINDA TV3 – “ANUGERAH TERINDAH” Mampukah Cinta Menewaskan Satu Kebencian?
Amar dan Amir merupakan dua beradik yang mempunyai sikap berbeza dan mereka sering bercanggah dengan kemahuan masing-masing. Amar lebih serius manakala Amir pula seorang yang ceria dan selalu menghabiskan masa dengan berfoya-foya. Kehadiran Riana telah mengubah sikap Amar dan Amir. Namun siapakah yang berjaya menawan hati Riana? Read more →
(HIBURAN) ‘SUAMIKU JURURAWAT, ISTERIKU DOKTOR’
‘SUAMIKU JURURAWAT, ISTERIKU DOKTOR’, sebuah hasil karya sutradara Eyra Rahman dan nukilan skrip oleh Panel MIG bakal menghiasi kaca televisyen bermula 15 Mac ini, setiap hari Sabtu jam 9.00 malam. Drama siri romantik komedi ini merupakan kesinambungan dari telemovie Cerekarama ‘Suamiku Jururawat’. Ia menampilkan barisan pelakon popular seperti Tomok, Yana Samsuddin, Fezrul Khan, Angeline Tan, Mustafa Kamal, Shima Anuar, Fadlan, Sheera Iskandar dan Margaret Gan. Read more →
(HIBURAN) Filem BenCinta
Filem nie mengisahkan Fathia (Nora Danish) yang bekerja sebagai pelayan di kafe rakannya. Kecantikan dan keramahan Fathia menyebabkan Faisal (Farid Kamil) jatuh hati lalu memikat Fathia. Kehidupan mereka sangat sweet dan bahagia sehinggalah mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Tiara. Segalanya berubah apabila Faisal mula lalai dengan tanggungjawabnya menjaga isteri dan mula berskandal. Hubungan mereka menjadi hambar apabila Faizal, suami yang kaya mula menjalinkan hubungan dengan orang lain dan bertukar menjadi seorang pendera. Terperangkap dalam perkahwinan yang merosakkan nilai masyarakat konsevatif, Fathia melarikan diri ke Langkawi dan cuba meminta perlindungan daripada kawan baiknya. Mereka kemudiannya menyedari bahawa masing-masing saling jatuh cinta namun Fathia terpaksa menghadapi suaminya. Bencinta akan menemui peminat di pawagam seluruh negara pada 26 September ni. Filem ini turut menampilkan nama-nama besar yang lain seperti Fezrul Khan, Uqasha Senrose, Zalif Sidek, Angeline Tan dan Azlan Komeng. Read more →
(HIBURAN) Filem ” Cerita Kita “….
Sutradara muda Pierre Andre kembali ke bidang pengarahan untuk filem ke 10 dari 11 filem beliau. Filem ke 74 keluaran MIG ini membariskan finalis FFM25 iaitu Pekin Ibrahim bergandingan dengan Yana Samsudin dan Fezrul Khan. Filem yang disiapkan dalam tempoh 11 hari ini menggunakan pendekatan ” filem yang di INDIE kan “ sebagai salah satu trend baru dalam menyiapkan filem berskala sederhana tanpa membabitkan peruntukan yang banyak dengan mengunakan peralatan yang seringkas mungkin. Filem cereka ‘Cerita Kita’ di bawah syarikat MIG Pictures Sdn. Bhd. akan menemui penonton di pawagam-pawagam tanah air pada 7 Mac 2013.
Read more →