Kuala Lumpur, 18 Mei 2023 – Filem francais blockbuster dengan penampilan gandingan duo nombor 1 Malaysia, Polis Evo kini bersedia menemui penonton menerusi sekuel terbaru, Polis Evo 3 di 165 buah pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 25 Mei ini. Kemunculan filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures ini disambut positif oleh penonton selepas treler rasmi dilancarkan pada bulan lalu. Read more →
Tag: Shaheizy Sam
(HIBURAN) MALBATT Misi Bakara Filem Termahal Dalam Sejarah Bakal Mengangkat Perjuangan Wira Sebenar
Kuala Lumpur, 10 September 2022 – Ketika suasana perfileman tempatan negara semakin hangat sebuah Majlis Pelancaran dan Sidang Media Malbatt Misi Bakara telah diadakan di Berjaya Times Square Hotel. Buat kali pertama klip promosi filem ini dipertontonkan kepada rakan media dan barisan pelakon filem telah diperkenalkan. Satu sesi temubual diadakan bersama pengarah filem iaitu Adrian Teh dan barisan pelakon seperti Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Bront Palarae, Zahiril Adzim, Hairul Azreen, Iedil Dzuhrie, Syazwan Zulkifly, Shaheizy Sam, Nafiez Zaidi, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Ikhram Juhari, Safwan Nazri, Gambit Saifullah dan Theebaan G. Read more →
(SEMASA) TURUN 15.7 KILO FAUZIAH TALIB UNGGULI ‘ FREAKY FITZ 20 DAYS CHALLENGE ‘ BERSAMA SHAHEIZY SAM.
26Okt Kuala Lumpur – Fauziah Talib mengungguli Cabaran 20 Hari Freaky Fitz setelah berjaya menurunkan 15.7 kilo berat badan mengatasi 32 peserta lain . Beliau bersama 8 peserta lain membawa pulang Pakej Percutian ke Bali yang disampaikan oleh penganjur. Bercakap kepada pemberita beliau menyatakan rasa syukur diatas kejayaan yang diarih dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada penganjur khususnya Shaheizy Sam yang memberi tunjuk ajar bagi menurunkan berat badan dengan cara sihat. ” Saya selama ini telah mencuba pelbagai cara bagi menangani masaalah berat badan saya dan apabila mendapat tahu Shaheizy Sam nak membantu peminat beliau, saya terus menghantar borang penyertaan dan rasa sangat bersyukur kerana terpilih dan berjaya. Read more →
(HIBURAN) Filem Terbaru 2016 ‘MAT MOTO’ – ‘KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT’
Tidak dinafikan, sudah banyak kisah mengenai permotoran yang telah diadaptasi ke layar perak. Kini, sebuah lagi filem bercorak permotoran yang dihasilkan berjudul Mat Moto dengan menggunakan tagline ‘Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit’. Read more →
(HIBURAN) ‘ASTRO SHAW LANCAR RANGKAIAN PROMOSI POLIS EVO’
Kuala Lumpur, 5 Ogos 2015 – Kemunculan filem-filem Astro Shaw bagi tahun 2015 ternyata merancakkan lagi industri perfileman Malaysia. Terbaru, pasti para peminat filem aksi sudah tidak sabar menantikan buah tangan terbaru Astro Shaw iaitu Polis Evo! Bagi menghangatkan lagi bahang filem Polis Evo yang akan menjengah di layar perak pada 17 September 2015 nanti, Astro Shaw selaku penerbit telah merangka langkah promosi dan pemasarannya secara menyeluruh menerusi trailer rasmi filem, muzik video, sesi jelajah, aplikasi permainan, laman sesawang dan koleksi cenderahati eksklusif bagi memperluaskan promosinya kepada orang ramai. Rangkaian promosi yang secara menyeluruh ini diharap dapat membantu mengubah industri perfileman tempatan ke arah satu paradigma yang baru dan menghidupkan kembali filem tempatan setanding dengan filem luar. Read more →