GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd (“GSK”), peneraju syarikat penggunaan penjagaan kesihatan dengan kerjasama Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) telah melancarkan sebuah kempen yang dikenali sebagai ‘Nation of Healthy Smiles’. Kempen yang turut disokong Kementerian Kesihatan Malaysia ini bakal berlangsung selama tiga bulan bertujuan mendidik rakyat Malaysia agar memberi perhatian khusus kepada penjagaan mulut termasuklah gigi sensitif, gusi dan gigi palsu. Ia juga bertujuan meningkatkan tahap kesihatan mulut dalam kalangan rakyat Malaysia dalam jangka masa panjang, sejajar dengan misi Penjagaan Kesihatan Pengguna GSK untuk membantu lebih ramai penduduk di seluruh dunia merasa lebih sihat dan hidup lama. Read more →
Tag: GSK
(SEMASA) GSK membawa kanak-kanak dari Rumah Bakti membeli belah buat pertama kali di Mydin sempena kempen ‘Legakan Ramadhan bersama Panadol’
GlaxoSmithKline (GSK) Consumer Healthcare, syarikat FMCH global terkemuka dalam segmen penjagaan kesihatan pemakanan dan OTC, dan pembuat Panadol, hari ini memberi keriangan kepada kanak-kanak dari Rumah Bakti Dato’ Harun menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan menemani mereka membeli belah bersempena kempen ‘Legakan Ramadhan bersama Panadol’ di Pasaraya Mydin USJ (Mydin Hypermarket USJ). Read more →