(SEMASA) GSK: Setiap Mulut Adalah Istimewa, Malaysia Boleh Menjadi Negara Dengan Senyuman Yang Sihat!

Spread the love

IMG_001

GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd (“GSK”), peneraju syarikat penggunaan penjagaan kesihatan dengan kerjasama Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) telah melancarkan sebuah kempen yang dikenali sebagai ‘Nation of Healthy Smiles’. Kempen yang turut disokong Kementerian Kesihatan Malaysia ini bakal berlangsung selama tiga bulan bertujuan mendidik rakyat Malaysia agar memberi perhatian khusus kepada penjagaan mulut termasuklah gigi sensitif, gusi dan gigi palsu. Ia juga bertujuan meningkatkan tahap kesihatan mulut dalam kalangan rakyat Malaysia dalam jangka masa panjang, sejajar dengan misi Penjagaan Kesihatan Pengguna GSK untuk membantu lebih ramai penduduk di seluruh dunia merasa lebih sihat dan hidup lama.

IMG_003

Kejadian seperti gigi sensitif dan gusi berdarah sering berlaku dalam kalangan belia Malaysia berusia antara 18 hingga 34, namun mereka sering mengabaikan penjagaan kesihatan mulut mereka. Kajian ‘Oral Care Usage and Attitudes’ yang dijalankan oleh Ipsos mendapati 40% golongan belia mengalami masalah gigi sensitif manakala 43% lagi menderita akibat gusi berdarah.[1] Kelaziman yang tinggi gigi sensitif serta penyakit gusi ini menunjukkan keperluan untuk pemeriksaan gigi yang lebih kerap dan pengesyoran produk penjagaan khas bagi memenuhi keperluan penjagaan mulut pesakit.

Kajian berkenaan turut mendedahkan bahawa 24% rakyat Malaysia tidak pernah menemui doctor gigi dan 45% lagi hanya mengadakan pertemuan dengan doctor gigi apabila mnghadapi masalah tertentu.[2] 66% penghidap gigi sensitif tidak mengambil sebarang tindakan untuk melindungi diri mereka dari masalah gigi sensitif dan 91% rakyat Malaysia yang menghidapi penyakit gusi tidak mendapat penjagaan kesihatan mulut yang khusus bagi mengurangkan masalah yang dihadapi dan sering kali mereka hanya mengabaikan masalah berkenaan. Berhubung dengan gigi palsu pula, kajian Omnibus 2012 mendapati bahawa terdapat tiga juta pemakai gigi palsu di Malaysia. Walau bagaimanapun, 87% daripada mereka tidak menggunakan produk penjagaan khas untuk gigi palsu bagi mengurangkan masalah yang dihadapi akibat daripada kurang pengetahuan mengenai penjagaan gigi palsu.[3]

Pengurus Besar Penjagaan Kesihatan Pengguna GSK Malaysia dan Brunei, Stacy Wallace berkata, “Angka berkenaan menunjukkan terdapat jurang antara pengetahuan pengguna tentang kesihatan gigi dan tabiat sebenar penjagaan mulut, terutamanya dalam kalangan belia. Jurang ini mendorong kami untuk bukan sahaja meningkatkan kesedaran berkaitan isu penjagaan mulut malah untuk mendidik orang ramai bahawa lebih cepat mereka bertindak ke atas kesihatan mulut mereka dan mendapatkan penjagaan mulut yang khas, ia mampu meningkatkan lagi kesihatan dan kesejahteraan mereka keseluruhannya. Kami sangat berbesar hati kerana dapat bekerjasama sekali lagi dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) dan kami komited untuk membantu rakyat Malaysia menjaga kesihatan mulut agar mereka dapat menikmati kehidupan disamping mencapai matlamat meningkatkan tahap kesihatan mulut dalam kalangan rakyat Malaysia.”

Buat pertama kalinya, bagi mendekati golongan yang “sentiasa di dalam talian” ini, kempen ‘Nation of Healthy Smiles’ akan memperkenalkan ‘Smileograph’, sebuah platform digital yang menggalakkan orang ramai merakamkan dan mengumpulkan senyuman mereka dengan memuat naik senyuman berkenaan melalui media social dan laman web. Setiap senyuman yang dikumpulkan bersamaan dengan satu sesi pemeriksaan gigi percuma di klinik pergigian yang menyertai kempen ini.

Kempen ‘Nation of Healthy Smiles’ menyasarkan untuk menyediakan 7,500 pemeriksaan gigi percuma kepada mereka yang memerlukan di 150 klinik pergigian yang menyertai kempen ini di seluruh Malaysia. Kempen bersama ini bertujuan memberikan pendidikan, kesedaran serta peralatan yang diperlukan untuk mempromosikan kesihatan mulut dan mengurangkan masalah mulut di Malaysia, bermula dengan penjagaan gigi yang asas hinggalah penjagaan khusus untuk gigi sensitif, masalah gusi dan penjagaan gigi palsu. Sebagai sebahagian daripada kempen ‘Nation Of Healthy Smiles, 10 roadshow akan diadakan di pasar raya besar terpilih.

Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA), Dr Chow Kai Foo yang turut hadir pada majlis pelancaran kempen berkata, “Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan Penjagaan Kesihatan Pengguna GSK dalam kempen ini dan kami akan memberikan sokongan yang padu bagi menjayakannya. Ia merupakan kerjasama yang biasa dan tepat pada masanya memandangkan kami mempunyai matlamat yang selari dengan komitmen GSK untuk meningkatkan tahap kesihatan mulut dalam kalangan rakyat Malaysia. Bagi menyokong kempen ini, kami akan menawarkan pemeriksaan gigi percuma di klinik yang menyertai kempen ini dan mendidik rakyat Malaysia mengenai penjagaan kesihatan khusus untuk mulut bagi mengekalkan kesihatan mulut yang baik.”

Barisan jenama penjagaan mulut GSK yang terkenal seperti Sensodyne®, Polident® dan parodontax® masing-masing telah dirumuskan secara khusus bagi menangani setiap keperluan khas. Produk Sensodyne membantu pengguna mengurangkan kesakitan akibat gigi sensitif, membolehkan mereka menikmati makanan serta minuman yang digemari. Sementara itu, Polident merupakan jenama produk penjagaan gigi palsu yang merangkumi pencuci dan pelekat bagi meningkatkan lagi keyakinan serta keselesaan pemakai gigi palsu supaya mereka boleh menikmati kehidupan yang lebih sempurna. Manakala parodontax pula direka khas bagi mencegah gusi berdarah dan masalah gusi, punca utama kehilangan gigi.

“Tabiat pergigian yang baik dengan menggunakan produk penjagaan yang khusus dan pemeriksaan gigi yang kerap patut dijadikan amalan seumur hidup. Tiada masa yang lebih sesuai untuk memulakan amalan mencegah penyakit mulut dan kehilangan gigi. Lagipun, mulut yang sihat membantu kita untuk makan dengan baik, mengelak kesakitan dan merasa hebat tentang diri masing-masing,” tambah Wallace.

Untuk melihat senarai klinik pergigian yang menyertai kempen ini atau sebarang maklumat lanjut sila layari laman web www.nationofhealthysmiles.com.my. Anda juga boleh berkongsi senyuman anda menerusi Facebook dan Instagram.

GSK kekal menjadi teman penjagaan kesihatan yang komited dan dipercayai bagi masyarakat serta keluarga di Malaysia, selepas bertapak di negara ini lebih daripada 55 tahun dengan jenama yang dipercayai yang menjadi nama isi rumah. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.gsk.com

[1]Ipsos, Oral Care Usage & Attitudes, April 2014

[2]Ipsos, Oral Care Usage & Attitudes, May 2014

[3]Incidence Omnibus 2012


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *