KUALA LUMPUR, 1 OGOS 2024: Dari permulaannya pada tahun 1958 sebagai kedai barangan kemas kecil di ‘Jewellers’ Corner‘ yang terkenal di Pitt Street di Pulau Pinang (kini dikenali sebagai Jalan Masjid Kapitan Keling), sehingga menjadi jenama barangan kemas tempatan yang digemari ramai dengan 34 bilik pameran di seluruh negara, HABIB telah memainkan peranan yang positif sejak 66 tahun lalu, bukan sahaja dalam mentransformasi industri barangan kemas negara melalui strategi inovatif yang berfikiran ke hadapan, termasuk pengenalan konsep kaunter terbuka di Malaysia, tetapi juga dalam usahanya yang tidak berbelah bahagi dalam memperjuangkan kekayaan warisan budaya dan seni ketukangan Malaysia. Read more →
Tag: HABIB
(SEMASA) HABIB MERAIKAN PERPADUAN DAN DIVERSITI MELALUI KEMPEN ‘TANAH AIRKU’ SEMPENA MERDEKA 2024
(SEMASA) WAFER SYILING EMAS 999.9 HABIB EDISI SUKAN MENUJU KE EMAS!
Kuala Lumpur, 25 Julai 2024 – Sementara dunia bersiap sedia untuk Sukan Olimpik Paris 2024, HABIB teruja untuk memperkenalkan Wafer Syiling Emas 999.9 Edisi Terhad Sukan, yang menghidupkan semangat perpaduan, kebanggaan, dan kesukanan. Koleksi yang menonjol dan berwarna-warni ini mengangkat beberapa aktiviti sukan yang paling digemari di Malaysia serta penghormatan kepada atletatlet negara yang telah menunjukkan kecemerlangan sukan dan memberi inspirasi kepada kita semua. Read more →
(SEMASA) HABIB Raikan Lembaran Baharu Metamorfosisnya Dengan Pembukaan Semula Bilik Pameran Flagship HABIB KLCC
Selepas pembukaan semula bilik pameran Flagship HABIB Ampang Point yang ikonik, HABIB, jenama barangan kemas terkemuka di Malaysia, meneruskan penanda aras jenamanya untuk mentakrif semula masa depan peruncitan barangan kemas di Malaysia dengan pelancaran bilik pameran Flagship HABIB KLCC. Read more →
(SEMASA) HABIB Lancar GEMFEST 2024 – Raikan Permata Alam Yang Mempesona
Kuala Lumpur, 11 Jun 2024 – Berlian dan batu permata, sinonim dengan gemerlapan nan memukau dan pelbagai warna, menarik perhatian dan imaginasi seperti beberapa keindahan alam yang lain. Setiap batu permata, dari kilauan berlian yang menakjubkan hingga kemewahan zamrud yang menyerlah, memiliki daya tarikan dan kisah unik tersendiri yang menimbulkan rasa kagum dan keanggunan abadi. Read more →

