Lasak, pintar dan mempunyai semangat ingin tahu – ini adalah ciri-ciri semulajadi dalam setiap lelaki. Pendek kata, setiap lelaki dilahirkan dengannya. Pada masa mudanya, seorang lelaki akan terus meneroka pelbagai cara untuk memastikan bahawa adrenalin di dalam dirinya akan terus mengalir, sederas aliran sungai. Sama ada beliau mengembara ke gurun atau menelusuri kembara yang merbahaya, seorang lelaki sejati akan menangani setiap cabaran dengan ketabahan, kekuatan dan keberanian mutlak. Tambahan pula, lelaki yang serba boleh adalah seorang yang amat sesuai dijadikan sebagai teman. Read more →