(SEMASA) DASHING ADVENTURER 2.0 – Inovasi Terunggul Yang Pertama di Malaysia

Spread the love

KEY VISUALrszLasak, pintar dan mempunyai semangat ingin tahu – ini adalah ciri-ciri semulajadi dalam setiap lelaki. Pendek kata, setiap lelaki dilahirkan dengannya. Pada masa mudanya, seorang lelaki akan terus meneroka pelbagai cara untuk memastikan bahawa adrenalin di dalam dirinya akan terus mengalir, sederas aliran sungai. Sama ada beliau mengembara ke gurun atau menelusuri kembara yang merbahaya, seorang lelaki sejati akan menangani setiap cabaran dengan ketabahan, kekuatan dan keberanian mutlak. Tambahan pula, lelaki yang serba boleh adalah seorang yang amat sesuai dijadikan sebagai teman.

da roll 40-vertSebagai sebuah jenama yang melambangkan gaya santai, gaya hidup yang menyeronokkan dan keyakinan, DASHING sentiasa menjadi sebahagian daripada gaya hidup lelaki Malaysia – pengeluar pelbagai dandanan lelaki lengkap yang di cipta bagi mereka yang sedang menuju ke puncak keyakinan mereka. Sinonim dan terkenal dengan kualiti serta wangian yang tahan lama, DASHING membolehkan setiap lelaki moden meluahkan perasaan dan keyakinan mereka pada rangkaian harga yang berpatutan.

Berbekalkan semangat yang berkobar dalam membebaskan semangat pengembara yang sebenar tersembunyi dalam diri setiap jejaka Malaysia, DASHING dengan bangganya mengumumkan pelancaran semula koleksi ADVENTURER yang merangkumi Deodoran, EDT dan wangian Roll-On. Wangian baru yang dirumus khas mampu bertahan lebih lama dan memberikan kesegaran sepanjang hari, terutamanya mereka yang aktif. 2 variasi produk ini dinamakan sebagai BOLD 2.0 dan EDGE 2.0.

  1. BOLD 2.0
  • Haruman beraroma akuatik yang segar dan menarik. Lapisan hijau segar dengan nota alami yang terbit dari aroma patchouli membangkitkan kesegaran. Nuansa lumut pada wangian ini menjadikannya lebih maskulin, gerah dan mengasyikkan!
  • Bold 2.0 sangat sesuai bagi para jejaka yang inginkan kembara yang berterusan di dalam kehidupan mereka. Keyakinan sememangnya wujud dalam diri mereka dan DASHING kini hadir untuk membebaskan semangat yang terpendam itu.
  1. EDGE 2.0
  • Lapisan citron, kupasan lemon dan daun lemon yang penuh kesegaran bergabung dengan haruman ringan yang terbit dari geranium dan tumbuhan hijau. Nuansa kayu cedar menambahkan sifat “woody”. Seterusnya, sedikit ambar untuk mencipta sebatian yang berakhir dengan haruman gaharu dan lumut yang menyamankan, dengan segera memberikan anda kesegaran.
  • Edge 2.0 adalah perlambangan lelaki sejati di peringkat belia mereka tetapi dalam bentuk haruman; mereka adalah peneroka yang bercita-cita serta tidak sabar untuk meneroka wilayah yang belum diterokai. Sama seperti bagaimana mereka mengidamkan lebih pengembaraan dalam kehidupan, kesegaran pada setiap masa akan menetapkan semula mood mereka dan meningkatkan tahap tenaga mereka ke paras tertinggi, sekali gus membolehkan mereka memulakan hari baru mereka.

Sebagai jenama yang melambangkan intipati kelelakian moden, DASHING ADVENTURER benar-benar memahami kehendak dan keperluan lelaki aktif dan bergaya. Walaupun mereka meletakkan kepentingan yang tinggi dalam menarik perhatian orang lain, kemudiannya mengekalkan kesegaran dan keselesaan diri sambil menjalani aktiviti harian mereka juga merupakan salah satu keutamaan dalam kehidupan mereka. Oleh itu, memaksimumkan kesegaran dan keselesaan, DASHING ADVENTURER memperkenalkan inovasi terbaru dalam rangkaian produk dinamik – Dedoran semburan ‘NO GAS’ yang pertama di Malaysia.

Berbeza dengan semburan deodoran tradisional yang hanya dapat bertahan selama 3 minggu akibat penggunaan harian, semburan ‘NO GAS’  ini mengandungi pati deodoran tulen yang mampat dan boleh memberi sehingga 750 semburan setiap botol dan dapat bertahan sehingga 2 bulan. Selain daripada memberi manfaat 6-dalam-1, pengguna juga boleh menikmati keharuman berganda serta penjimatan kos! Selain itu, teknologi pengeringan segera akan memberikan rasa kering pada kawasan bawah lengan anda dan mengelakkan pertumbuhan bakteria di samping memberikan kesegaran sepanjang hari.

DASHING sentiasa berada di hadapan dalam inovasi dan kami berbangga untuk menjadi perintis semburan deodoran ‘NO GAS’ di Malaysia. Kami teruja untuk berkongsi penemuan teknologi ini dengan pengguna kami, sekaligus menunjukkan bahawa DASHING benar-benar mengambil berat akan keperluan dan kehendak anda. Kami mahu anda mengalami perbezaan dan mendapatkan 2x lebih manfaat daripada deodoran anda. Melalui cara ini, anda boleh menyimpan dan memanjakan diri anda pada masa yang sama hanya dengan DASHING ADVENTURER. “Kata Encik Venkat Jangam, Pengurus Pemasaran DASHING.

Pembungkusan baru untuk DASHING ADVENTURER merangkumi pelbagai warna bertenaga dan premium. Pembungkusan yang unik juga disertai dengan reka bentuk sentuhan 3D yang menarik yang akan memberikan rupa dan rasa yang eksklusif untuk pengguna mereka. Permukaan kotak direka bertekstur untuk sentuhan elegan dan eksklusif. EDGE 2.0 direka khas dengan cetakan tayar kenderaan berpacuan 4 roda bagi melambangkan sukan lasak dan aktiviti luar, selaras dengan ciri-ciri seorang pengembara sejati.

Selain itu, reka bentuk kompas pada Bold 2.0 membangkitkan persona jejaka yang ‘sedia untuk bergerak’ dan suka untuk mendapatkan keseronokan; meneroka sesuatu yang baru. Dengan palet warna yang menarik lagi maskulin seperti biru, jingga terang, merah dan hijau, DASHING ADVENTURER membebaskan semangat pengembara terpendam anda.

Tentang Rangkaian DASHING ADVENTURER:

eadu 50

  • EDT 50ML – Terdapat dalam 2 variasi, EDGE 2.0 dan XTREME dijual pada RM 18.90 termasuk 6% GST.

eadu 100

  • EDT 100ML – Terdapat dalam 3 variasi, BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY dijual pada RM 34.50 termasuk 6% GST.

dash deo 150

  • Semburan Deodoran ‘NO GAS’ 150ml – Terdapat dalam 3 variasi, BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY dijual pada RM 18.90 termasuk 6% GST.

da roll 40

  • Deodoran Roll-Ons 40ml – Terdapat dalam 3 variasi, BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY dijual pada RM 6.50 termasuk 6% GST.

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *