Tag: KELUANG MAN

(HIBURAN) DEMAM KELUANG MAN KEMBALI MELANDA, CETUS NOSTALGIA, ADRENALIN & HUMOR

22 MEI 2025, Putrajaya – Filem ikonik yang paling ditunggu-tunggu, KELUANG MAN, bersedia menemui penonton di 154 buah pawagam seluruh Malaysia dan Brunei bermula 29 Mei ini. Keluang Man mempersembahkan karya sinematik segar dan mengujakan, sekaligus menjadikan dia berbeza daripada superhero yang lain. Antara yang menjadi kekuatan naskhah ini adalah watak utama iaitu Keluang Man, di mana karakternya yang ‘gila-gila’, bersahaja, dan dipenuhi kejutan jenaka yang akan menghiburkan penonton. Read more →

(SUKAN) KELUANG MAN MENGHIMPUNKAN LEBIH 7,000 PEMINAT DI ACARA FUN RUN SUPERHERO ORIGINAL PERTAMA MALAYSIA

18 Mei 2025, Kuala Lumpur – Bagi menambahkan lagi keterujaan penonton sebelum filem live-action Keluang Man ditayangkan di pawagam mulai 29 Mei ini, Astro Shaw membawakan pengalaman filem tersebut menerusi acara ‘Keluang Man WONDA Fun Run’, larian superhero Original Pertama Malaysia. Read more →

(HIBURAN) BERMULANYA ‘ASTRO SHAW CINEMATIC UNIVERSE’ : KELUANG MAN MENGAKTIFKAN PENGALAMAN PERTAMA SUPERHERO MALAYSIA MELANGKAUI LAYAR

23 April 2025, Kuala Lumpur – Filem aksi superhero Malaysia yang paling dinanti-nantikan, ‘Keluang Man’, kini bersedia menggegarkan pawagam seluruh negara bermula 29 Mei 2025! Diterbitkan oleh Astro Shaw, Keluang Man menandakan permulaan bagi Astro Shaw Cinematic Universe. Hari ini, treler rasmi telah dilancarkan, diikuti dengan pelancaran poster rasmi serta pengumuman kempen inisiatif strategik yang komprehensif yang direka untuk pengalaman penonton dan memperkukuhkan kehadiran filem ini di pawagam. Langkah berani ini menyaksikan Keluang Man membawa pengalaman superhero Malaysia melangkaui layar perak dan seterusnya mengukuhkan lagi potensi filem ini untuk melakar fenomena tersendiri dalam budaya pop tempatan. Read more →

(HIBURAN) ASTRO SHAW DAN MIRINDA BERKONGSI KEBERKATAN RAMADAN DENGAN MERAIKAN MEREKA YANG MEMERLUKAN

23 Mac 2025, Kuala Lumpur – Menghayati keberkatan dan semangat saling berkongsi di bulan Ramadan yang mulia, Astro Shaw dan Mirinda meraikan 40 anak yatim dari rumah kebajikan Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur, Rawang, Selangor. Majlis berbuka puasa yang dianjurkan hari ini menyaksikan Amy Gan, Ketua Penjenamaan, Pemasaran & Pengedaran Astro Shaw, Norsalvina Alwee menyampaikan sumbangan duit raya serta hamper, kepada anak-anak tersebut sambil menikmati juadah berbuka puasa dalam suasana penuh kasih sayang dan kemesraan. Read more →

(HIBURAN) MURAL GERGASI KELUANG MAN DIABADIKAN DI KLUANG JOHOR, JADI LOKASI IKONIK PENGGAMBARAN FILEM

Kluang, Johor, 7 September 2024 – Bagi meraikan watak kebanggaan superhero ikonik Malaysia, Astro Shaw melancarkan mural gergasi Keluang Man di salah satu lokasi penggambaran filem iaitu di Kluang, Johor. Ia merupakan satu tanda penghargaan kepada Daerah Kluang, tempat kelahiran adiwira itu dalam versi filem, sekali gus menjadi salah satu tarikan terbaharu buat peminat. Mural ini juga bakal muncul di dalam filem live-action Keluang Man yang dinanti-nanti ramai. Read more →