Tag: KELUANG MAN

(HIBURAN) DEMAM KELUANG MAN KEMBALI MELANDA, CETUS NOSTALGIA, ADRENALIN & HUMOR

22 MEI 2025, Putrajaya – Filem ikonik yang paling ditunggu-tunggu, KELUANG MAN, bersedia menemui penonton di 154 buah pawagam seluruh Malaysia dan Brunei bermula 29 Mei ini. Keluang Man mempersembahkan karya sinematik segar dan mengujakan, sekaligus menjadikan dia berbeza daripada superhero yang lain. Antara yang menjadi kekuatan naskhah ini adalah watak utama iaitu Keluang Man, di mana karakternya yang ‘gila-gila’, bersahaja, dan dipenuhi kejutan jenaka yang akan menghiburkan penonton. Read more →

(SUKAN) KELUANG MAN MENGHIMPUNKAN LEBIH 7,000 PEMINAT DI ACARA FUN RUN SUPERHERO ORIGINAL PERTAMA MALAYSIA

18 Mei 2025, Kuala Lumpur – Bagi menambahkan lagi keterujaan penonton sebelum filem live-action Keluang Man ditayangkan di pawagam mulai 29 Mei ini, Astro Shaw membawakan pengalaman filem tersebut menerusi acara ‘Keluang Man WONDA Fun Run’, larian superhero Original Pertama Malaysia. Read more →

(HIBURAN) BERMULANYA ‘ASTRO SHAW CINEMATIC UNIVERSE’ : KELUANG MAN MENGAKTIFKAN PENGALAMAN PERTAMA SUPERHERO MALAYSIA MELANGKAUI LAYAR

23 April 2025, Kuala Lumpur – Filem aksi superhero Malaysia yang paling dinanti-nantikan, ‘Keluang Man’, kini bersedia menggegarkan pawagam seluruh negara bermula 29 Mei 2025! Diterbitkan oleh Astro Shaw, Keluang Man menandakan permulaan bagi Astro Shaw Cinematic Universe. Hari ini, treler rasmi telah dilancarkan, diikuti dengan pelancaran poster rasmi serta pengumuman kempen inisiatif strategik yang komprehensif yang direka untuk pengalaman penonton dan memperkukuhkan kehadiran filem ini di pawagam. Langkah berani ini menyaksikan Keluang Man membawa pengalaman superhero Malaysia melangkaui layar perak dan seterusnya mengukuhkan lagi potensi filem ini untuk melakar fenomena tersendiri dalam budaya pop tempatan. Read more →

(HIBURAN) FILEM KELUANG MAN MULA PENGGAMBARAN, ASTRO SHAW UMUM BARISAN PELAKON LAIN

Kuala Lumpur, 10 Jun 2024 – Filem aksi superhero ikonik Malaysia yang paling dinanti-nantikan, KELUANG MAN terbitan Astro Shaw telah memulakan penggambaran secara rasmi mulai 4 Mei lalu! Penggambaran dijalankan di sekitar Lembah Klang serta lokasi yang amat sinonim dengan animasi Keluang Man iaitu Kluang, Johor. Read more →

(HIBURAN) NAS MUAMMAR ZAR SUPERHERO IKONIK MALAYSIA, KELUANG MAN! TURUT DIBINTANGI REMY ISHAK, ANWAAR BEG MOGHAL & DATUK ROSYAM NOR

Kuala Lumpur, 28 November 2023 – Teka-teki siapakah pelakon yang akan membawakan watak superhero ikonik Malaysia, KELUANG MAN akhirnya terjawab apabila bintang aksi, Nas Muammar Zar atau dikenali sebagai Nas-T dipilih untuk memegang peranan itu. Muncul di atas pentas majlis pelancaran dengan menanggalkan topeng KELUANG MAN, Nas bakal digandingkan dengan pelakon utama yang lain seperti Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal dan Datuk Rosyam Nor. Selain itu, Astro Shaw turut mengumumkan rangka sesi penggambaran, sasaran tarikh tayangan, serta perancangan untuk produksi dan pemasaran bagi universe adiwira tempatan terbesar. Read more →