Tag: MANDARIN BATTLE STAR

(SEMASA) Rancangan permainan realiti Mandarin Battle Star musim ke-5 kembali ke ntv7 dengan pengacara baru

L-R  Dylan,SivaShankaran,Manager,Client Servicing Grp,MPB CheahYee,Airin  Zainul,Grp GM,ntv7&8TV,Nordina Baharum,Dato' Goh Hin San,NiniYusof,Creative  Mktg & Comm,TV Networks,Ley Teng

ENAM BELAS pasukan, 10 episod, 2 pengacara dan 1 pemenang – Rancangan no. 1 edisi permainan buat pelajar sekolah rendah, Mandarin Battle Star kini kembali dalam musim ke-5 dengan menampilkan seorang lagi pengacara baru dan lebih ramai pasukan pelajar yang akan bersaing sengit dalam merebut gelaran juara selain cabaran menarik yang menanti mereka. Rancangan mingguan itu akan bersiaran di ntv7 (Saluran 107) bermula 7 Jun, setiap Sabtu jam 6.00 petang. Read more →

(SEMASA) MANDARIN BATTLE STAR- Rancangan pendidikan menarik dan membina minda kembali di ntv7

MBS season 4

Suatu masa dahulu kita melihat sekolah atau sesebuah institusi sahaja merupakan wadah utama dalam mendapatkan ilmu pengetahuan. Namun kini pelbagai cara menarik dan lebih interaktif digunakan bagi mempelajari dan memahami sesuatu dengan lebih mudah. Bukan hanya dengan kelas tambahan, kanak-kanak dapat memperkuat kemahiran pembelajaran mereka. Kanak-kanak zaman moden juga mampu belajar menerusi rancangan kartun kegemaran mereka yang rata-ratanya mengajak mereka untuk turut sama  berfikir. Apatah lagi dengan kehadiran pelbagai teknologi moden dan aplikasi-aplikasi berfaedah. Melihat kepada perubahan arus masa kini, ntv7 hadir sekali lagi dengan rancangan kuiz permainan Mandarin Battle Star yang mendapat sambutan yang menggalakkan yang memasuki musim ke-4 bermula 23 Jun, setiap hari Ahad, jam 7.00 malam – 8.00 malam dan sekali lagi disokong oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Read more →