Shout! Awards 2013 KEMBALI !!! Di tahun keempat penganjurannya, anugerah yang mengiktiraf pemenang hasil dari pilihan peminat ini bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Shout! Awards 2013 bakal bersiaran secara langsung di kaca televisyen anda pada 9 November jam 9 malam di 8TV. Majlis gilang gemilang ini bakal menampilkan 17 anugerah dalam lima kategori berbeza dan satu anugerah utama iaitu The Ultimate Shout! Award. Tarikh undian mula dibuka pada 18 Oktober sehingga 8 November. Untuk keterangan lanjut mengenai cara pengundian dan informasi terkini mengenai Shout! Awards 2013, layari laman web www.shoutawards.com.my ataupun www.8tv.com.my. Read more →
Tag: MEDIA PRIMA
(SEMASA) MEDIA PRIMA raikan ulangtahun Malaysia ke-50 menerusi kempen ‘Saya Sayang Malaysia’
Bersempena dengan sambutan Hari Merdeka ke-56 dan juga ulang tahun penubuhan Malaysia ke 50, Media Prima menyemarakkan lagi semangat patriotik rakyat Malaysia menerusi kempen #MySyg yang membawa tagline ‘Saya Sayang Malaysia” dengan paparan istimewa dalam program-program khas TV dan radio dikesemua saluran Media Prima. Kempen ini telah dirasmikan oleh YB Dato Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia di perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama , Selangor. Read more →
(HIBURAN) ” AUTUMN DI HATIKU ” DRAMA BERSIRI SULUNG DI WEB TONTON
Portal video nombor 1 di Malaysia, Tonton bakal menyiarkan sebuah drama bersiri sulung untuk tontonan secara global. Komedi romantik, AUTUMN DI HATIKU yang diinspirasi daripada fenomena K-Pop bakal ditayangkan bermula Rabu, 3hb Julai 2013 menerusi laman Tonton dengan dengan 3 episod harian bermula seawal 12 tengah hari. Merupakan antara drama bersiri di Tonton paling awal ditayangkan, AUTUMN DI HATIKU diarahkan oleh MJ Woo dan Edmund Yeo menampilkan aktres terkenal Hanez Suraya, bintang Korea Kim Jin Sung, pelakon utama Vanila Coklat Aiman Hakim dan ramai lagi. Read more →
(SEMASA) Media Prima Digital dan Samsung Lancarkan Tonton untuk Platform SMART TV
Peneraju dunia teknologi global, Samsung Malaysia Electronics dengan kerjasama Media Prima Digital kini melancarkan aplikasi TV Tonton untuk Samsung SMART TV. Media Prima Digital, kumpulan media digital nombor 1 di Malaysia di bawah Media Prima Berhad, konglomerat media terulung di Malaysia, memiliki dan bertanggungjawab ke atas operasi harian portal video tempatan nombor 1 di Malaysia, Tonton. Read more →
(SEMASA) MEDIA PRIMA UMUM INTEGRASI DIGITAL
PETALING JAYA, 12 Disember 2012 – Media Prima Berhad (“Media Prima” atau “Kumpulan”), kumpulan media bersepadu nombor satu negara hari ini melancarkan unit perniagaan digitalnya yang diperluas iaitu ‘Media Prima Digital’, yang juga merupakan entiti seumpamanya.yang terbesar di negara. Read more →




