Petaling Jaya, 22 Mac 2023 – Drama bersiri ‘Melur Untuk Firdaus 2’, telah pun disiarkan sejak 16 Mac lalu menerusi slot Akasia di TV3. Lagu ‘Pejam’ yang merupakan single Rahmad Mega dipilih untuk menjadi lagu runut kepada drama (musim pertama) yang pernah mencetus fenomena sehingga menjadi trending di negara seberang. Ini merupakan single terbaharu bagi Rahmad setelah bergelar Juara di program realiti Terpaling Juara (TV3). Read more →
Tag: Drama
(HIBURAN) ‘PEJAM’ BERKUMANDANGAN DALAM DRAMA MELUR UNTUK FIRDAUS 2
(HIBURAN) ‘DRAMA’ LAGU TERBAIK MINGGU PERTAMA SFMM34!

SHAH ALAM 15 NOVEMBER 2019. Drama Band menjuarai lagu terbaik pada Separuh Akhir pertama Muzik- Muzik 34 di Seri Pentas 2, Plaza Alam Sentral. NSTP/SADDAM YUSOFF
Petaling Jaya, 18 November 2019 – Minggu pertama Muzik-Muzik 34 Separuh Akhir (SFMM34) telah pun berlangsung Jumaat lepas, di mana lagu ciptaan Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib dan Ammar Habir yang berjudul Drama dinobat sebagai lagu terbaik. Namun, ini tidak bermakna lagu nyanyian kumpulan Drama Band ini sudah layak untuk bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34). 12 buah lagu yang berjaya untuk mara ke AJL34 hanya akan diumumkan di minggu terakhir SFMM34. Read more →
(HIBURAN) “Adnan Sempit Sawadikap” satu kelainan
MIG melakar sejarah buat pertama kalinya di dalam industri perfileman Malaysia apabila menjadi syarikat pertama menerbitkan filem sekuel sehingga siri ke 4. Filem “Adnan Sempit” merupakan antara lubuk terbaik penerbitan MIG yang tidak pernah mengecewakan dengan menjana kutipan yang besar setiap kali ditayangkan. Filem ini bermula dengan kejayaan kutipan RM7.6 juta untuk ‘Adnan Sempit’ , diikuti dengan sekuel ke 2 iaitu ‘Adnan Sempit 2’ yang menjana kutipan lebih cemerlang sekitar RM9.5 juta dan ‘Adnan Sempit 3 ‘ menjana kutipan bersih sekitar RM4.8 juta. Masih mengekalkan gandingan asal antaranya seperti Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Along Cham dan Yana Shamsudin disamping penampilan istimewa bakat dari Thailand iaitu aktres, Lalisa Sontirod. Hampir 95 % proses pengambaran ini dilakukan di kotaraya Bangkok, Thailand. Read more →