Tag: Murid Berkeperluan Khas (MBK) Membuat Sandwic

(SEMASA) Murid Berkeperluan Khas (MBK) Membuat Sandwic Gardenia pada Hari Roti Sedunia 2023

KUALA LUMPUR, 12 OKTOBER 2023 – Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. meraikan Hari Roti Sedunia bersama murid berkeperluan khas sambil berkongsi cara terbaik untuk menyediakan sandwic Gardenia kegemaran mereka dengan cara menyerlahkan kreativiti mereka dalam setiap keping roti. Zainudin Bin Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama Teon Hock Bin, Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah Sinar Bintang, Kuala Lumpur dan Ena Suhaila Abas, Pengurus Pemasaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. hadir di sini hari ini bagi meraikan Hari Roti Sedunia 2023 yang dibawakan oleh Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. Program tersebut berlangsung di Sekolah Menengah Sinar Bintang, Kuala Lumpur. Read more →