Tag: Mydin

(SEMASA) DIRGAHAYU MYDIN 6O TAHUN

Khamis, 17 Ogos 2017, 24 Zulkaedah 1438H – Siapa sangka? Implikasi derita perang dunia kedua, musibah kebakaran kedai papan pertama, kesukaran mendapat pinjaman biaya pasar raya pertama, sederap hanya mampu menjadi lipatan sejarah dalam langkah perjalanan MYDIN meniti usia! Inilah realitinya! Hari ini, seluruh rakyat Malaysia akan menyaksikan Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun MYDIN Ke-60 #MYDIN60Tahun yang diadakan dengan penuh kemeriahan, kebanggaan dan kesyukuran. Buat julung kalinya, MYDIN mengadakan sambutan ke-60 tahun dengan sokongan padu daripada rakan penaja untuk meraikan kejayaan MYDIN di dalam dunia peruncitan yang usianya sudah menjangkau lebih daripada setengah abad. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran pihak pengurusan tertinggi rakan penaja, rakan pembekal, pihak berkuasa tempatan, ahli lembaga pengarah MYDIN dan rakan media. Read more →

(SEMASA) MYDIN – GIRANG SYAWAL TIBA 2017 #GirangSyawalTiba

dav

15 Jun 2017 – 20 Ramadan 1438 H, Khamis, seperti biasa sempena dengan musim Syawal, MYDIN mengadakan promosi Ramadan & Syawal untuk memenuhi setiap keperluan persiapan orang ramai untuk menyambut Syawal. Promosi Ramadan telah bermula pada 11 Mei 2017 sehingga 4 Jun 2017 manakala promosi Syawal telah bermula pada 8 Jun 2017 sehingga 2 Julai 2017. Pelbagai promosi dengan tawaran harga yang mampu milik seperti pelbagai seleksi kurma, kuih raya, perhiasan dan dekorasi raya, baju kurung, baju Melayu, kain sampin, kurta, jubah, tudung, kerongsang magnet dan banyak lagi. Para pelanggan boleh mendapatkan koleksi busana raya MYDIN seperti baju kurung raya serendah RM29.90, baju elayu raya serendah RM49.90 dan jubah raya lelaki serta jubah raya wanita serendah RM29.90 dan RM39.90. Semua koleksi Raya ini turut dipromosikan di dalam majalah seperti majalah Nona, Keluarga, Wanita, Maskulin dan Hijabista. Read more →

(SEMASA) PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK ADABI BERSAMA MYDIN SEMPENA RAMADHAN 2017

dav

Konsep program bubur lambuk ini dijalankan pada tiap-tiap tahun seperti sebelum ini. Dan ini adalah acara tahunan yg dijalankan oleh pihak Adabi sepanjang bulan ramadhan. Pada tahun ini Adabi mengambil peluang untuk bekerjasama dengan Mydin Hypermarket yang terpilih di seluruh negara. Read more →

(SEMASA) Kempen CSR ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP & MYDIN’ Capai Sasaran, Sediakan Lebih 400 Orang Kanak-kanak Kurang Bernasib Baik Dengan Kelengkapan Persekolahan yang Baru

TOP_004_2_1

Meru, 22 Disember 2015 – Program tanggungjawab korporat sosial (CSR) ‘Cerahi Kehidupan Bersama  TOP & MYDIN’ dilihat telah berjaya mencapai sasarannya dalam pengumpulan dana kebajikan yang berjumlah RM40,000 demi menyediakan kelengkapan persekolahan seperti pakaian seragam, kasut, stokin dan beg kepada 400 kanak-kanak yang kurang bernasib baik dari 18 rumah kebajikan di seluruh negara. Read more →

(SEMASA) Kempen Kebajikan TOP & MYDIN Galakkan Kehadiran Kanak-kanak Kurang Bernasib Baik Ke Sekolah Dengan Tajaan Peralatan Persekolahan Yang Lengkap

TOP_003

Subang Jaya, 20 Oktober 2015 – TOP, yang diiktiraf sebagai jenama pencuci pakaian No. 1 di Malaysia[1] telah bekerjasama dengan MYDIN bagi melancarkan kempen pengumpulan dana kebajikan yang bertujuan menyediakan keperluan persekolahan kepada 400 kanak-kanak yang kurang bernasib baik di seluruh negara untuk menyambung pelajaran mereka. Read more →