Tag: DIRGAHAYU

(SEMASA) DIRGAHAYU MYDIN 6O TAHUN

Khamis, 17 Ogos 2017, 24 Zulkaedah 1438H – Siapa sangka? Implikasi derita perang dunia kedua, musibah kebakaran kedai papan pertama, kesukaran mendapat pinjaman biaya pasar raya pertama, sederap hanya mampu menjadi lipatan sejarah dalam langkah perjalanan MYDIN meniti usia! Inilah realitinya! Hari ini, seluruh rakyat Malaysia akan menyaksikan Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun MYDIN Ke-60 #MYDIN60Tahun yang diadakan dengan penuh kemeriahan, kebanggaan dan kesyukuran. Buat julung kalinya, MYDIN mengadakan sambutan ke-60 tahun dengan sokongan padu daripada rakan penaja untuk meraikan kejayaan MYDIN di dalam dunia peruncitan yang usianya sudah menjangkau lebih daripada setengah abad. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran pihak pengurusan tertinggi rakan penaja, rakan pembekal, pihak berkuasa tempatan, ahli lembaga pengarah MYDIN dan rakan media. Read more →