Tag: Pemburu Cinta

(HIBURAN) ” Debaran Rindu ” Dato Jeffrydin setelah 10 tahun

IMG_6350gmoSetelah 10 tahun tidak mengeluarkan album, akhirnya tahun 2013 merupakan tahun untuk Dato Jeffrydin memgembirakan peminat-peminat beliau dengan album terbaru ” Debaran Rindu “. Album yang dilahirkan dibawah syarikat rakaman Luncai Emas ini hasil sentuhan 2 nama besar iaitu Azmeer dan Dato M.Nasir sendiri selaku penerbit album. Dato M.Nasir yang merupakan peminat lagu-lagu Dato Jeffrydin pada masa muda beliau di Singapura  mengekalkan konsep muzik yang sinonim dengan Dato Jeffrydin iaitu pop yeh yeh. Di dalam album ini juga terdapat satu elemen kejutan dimana penampilan istimewa kumpulan One Nation Emcees yang berkolaborasi di dalam lagu ” Debaran Rindu” serta satu lagu raya iaitu ” Syahdu Di Pagi Raya”.  Read more →