Shah Alam, Malaysia – 16 Oktober 2016 – Edisi terbaru jersi Abstrax Vortex telah diperkenalkan kepada media secara rasminya di Abstrax HQ Shah Alam, hari ini. Menggunakan penjenamaan ABSTRAX Vortex #MYperpaduan, jersi ini merupakan usahasama di antara pihak Abstrax dengan 1Malaysia.com.my. Penghasilan jersi ABSTRAX Vortex #MYperpaduan ini merupakan rekaan ke 3 di dalam siri Vortex selepas pelancaran 2 versi awal jersi Vortex yang berorientasikan negeri iaitu Johor dan Selangor baru – baru ini. Read more →