(SEMASA) Jersi ABSTRAX Vortex  #MYperpaduan – satu simbolik memupuk perpaduan masyarakat Malaysia

Spread the love

dav

dav

Shah Alam, Malaysia – 16 Oktober 2016 – Edisi terbaru jersi Abstrax Vortex telah diperkenalkan kepada media secara rasminya di Abstrax HQ Shah Alam, hari ini.  Menggunakan penjenamaan ABSTRAX Vortex  #MYperpaduan, jersi ini merupakan usahasama di antara pihak Abstrax dengan 1Malaysia.com.my. Penghasilan jersi  ABSTRAX Vortex  #MYperpaduan ini merupakan rekaan ke 3 di dalam siri Vortex selepas pelancaran 2 versi awal jersi Vortex yang berorientasikan negeri iaitu Johor dan Selangor baru – baru ini.

sdr

sdr

Generasi baru jersi rekaan Abstrax ini merupakan kesinambungan kejayaan keluaran jersi Malaysia Airlines Masterpiece yang merupakan produk paling laris sepanjang tempoh 2 tahun ini yang mencecah penjualan sebanyak 20 ribu helai setakat ini.

Penghasilan jersi ini mengambil masa hampir 5 bulan  melalui beberapa siri pertemuan dan perbincangan bersama pihak 1Malaysia.com.my dan diterjemahkan melalui penghasilan jersi ABSTRAX Vortex  #MYperpaduan ini.

dav

dav

Mengambil pendekatan untuk menyatupadukan masyarakat majmuk di Malaysia melalui program sosial #MYperpaduan, pihak 1Malaysia.com.my dan Abstrax berharap ia menjadi satu wacana baru dalam membentuk masyarakat yang lebih baik , generasi 1Malaysia yang menolak rasisme dan menyokong perpaduan terutamanya golongan muda yang menjadi golongan sasar untuk usahasama ini. Ia diharapkan membantu generasi baru memupuk rasa cinta dan bangga menjadi anak Malaysia dan menjadi satu identiti kekal tidak kira ketika berada di Malaysia mahupun di seantero dunia.

back-bas 1my-detailing-infographic

dav

dav

dav

dav

dav

dav

Jersi ABSTRAX Vortex  #MYperpaduan ini merupakan produk yang dihasilkan berpaksikan kepada penekanan kepada kualiti pembuatan termasuk lah dari segi material yang dipertingkatkan, ringan dan keselesaan. Mengambil idea kepada 8 value (nilai) yang terdapat di dalam  Konsep 1 Malaysia yang diilhamkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak iaitu : Nilai 1: Budaya Kecemerlangan, Nilai 2: Ketabahan, Nilai 3: Rendah Hati, Nilai 4: Penerimaan, Nilai 5: Kesetiaan, Nilai 6: Pendidikan, Nilai 7: Integriti dan Nilai 8: Meritrokasi yang diletakkan pada jersi tersebut seperti di bahagian belakang jersi, tag dalam jersi serta logo 1Malaysia yang jelas kelihatan di bawah jersi bahagian hadapan. Elemen bendera Malaysia juga turut sama diletakkan di hadapan jersi tersebut dengan jelas.

Jersi  ABSTRAX Vortex  #MYperpaduan boleh didapati di ABSTRAX Concept Store Shah Alam, Bangsar dan cawangan baru yang terletak di Bangi yang dijangka dibuka pada 29 Oktober 2016. Harga bermula RM 90 (untuk lengan pendek) dan RM 100 (lengan panjang) untuk saiz dewasa. Jersi ABSTRAX Vortex  #MYperpaduan juga boleh didapati  untuk saiz kanak-kanak. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.abstraxjingga.com atau http://shop.abstraxjingga.com atau layari Abstrax FaceBook :http://www.facebook.com/abstraxjingga.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *