Menggabungkan seni fesyen dan tarian menjadi asas kepada koleksi Hari Raya 2023 pereka fesyen terkenal Anuar Faizal. Beliau yang ditemui semasa sesi peragaan pra tonton koleksi tersebut di Fesyen Bazar Siberturahim CIMB yang berlangsung di Galeri Antarabangsa KLGCC Hartanah Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur bermula 2 Mac 2023 dan berakhir pada 5 Mac 2023 menjelaskan bahawa, keinginan dan terinspirasi beliau ketika menonton persembahan tarian ketika melancong di luar negara menjadikan koleksi tahun ini menjurus ke arah itu. Read more →