(SEMASA) Koleksi “Spanish Matador & Tango Raya 2023” Anuar Faizal GAH Di Pentas Fesyen Bazar Siberturahim CIMB

Spread the love

Menggabungkan seni fesyen dan tarian menjadi asas kepada koleksi Hari Raya 2023 pereka fesyen terkenal Anuar Faizal. Beliau yang ditemui semasa sesi peragaan pra tonton koleksi tersebut di  Fesyen Bazar Siberturahim CIMB yang berlangsung di Galeri Antarabangsa KLGCC Hartanah Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur bermula 2 Mac 2023 dan berakhir pada 5 Mac 2023 menjelaskan bahawa, keinginan dan terinspirasi beliau ketika menonton persembahan tarian ketika melancong di luar negara menjadikan koleksi tahun ini menjurus ke arah itu.

Menampilkan 23 persalinan yang sedia untuk ditempah, Anuar Faizal menjelaskan koleksi beliau tidak menghadkan permintaan dan saiz baju seperti yang ditonjolkan ketika sesi pra tonton tersebut di mana beliau berani mengetengahkan model-model plus size sebagai satu tarikan untuk para pencinta fesyen agar memberanikan diri untuk mengenakan koleksi beliau.

Rekaan Anuar Faizal boleh ditempah melalui instagram.com/anuarfaizalofficial dengan harga yang ditawarkan bermula RM399 dimana setiap orang mampu untuk membeli dan bergaya dengan rekaan berani ini. Beliau juga menjelaskan penggunaan fabrik kain jersi dan cotton dalam penghasilan koleksi beliau serta bersedia menerima tempahan untuk saiz kanak-kanak atau sekeluarga.

Pesta Fesyen Bazar Siberturahim CIMB

CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad telah melancarkan edisi kedua Pesta Fesyen Bazar Siberturahim, acara fesyen dan gaya hidup yang dipersembahkan oleh CIMB Preferred. Berikutan kejayaan acara 2022, edisi tahun ini telah mempamerkan pratonton eksklusif koleksi Raya dan bazar yang dipilih susun khas untuk memberikan pelanggan dan pengunjung pengalaman membeli-belah gaya hidup yang unik. Acara yang bertemakan Pemerkasaan Ekonomi #EmbraceEquity ini telah diadakan di Galeri Antarabangsa KLGCC Hartanah Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur dari 2 – 5 Mac 2023.

Antara barisan jenama yang ditampilkan pada pameran itu termasuk beberapa pereka paling kreatif Malaysia, seperti Radzuan Radziwill, 3thelabel, Bahari Asyek, Anuar Faizal, CARRO, Larney, LILIT., Omar Ali, Pink Jambu, NR Exclusive, dan Sri Candy, bersama-sama jenama gaya hidup, seperti Raida, MyMutiara, Mah Meri dan Gentleman’s Tonic.

Pesta Fesyen Bazar Siberturahim oleh CIMB Preferred berfungsi sebagai inisiatif utama dalam menyampaikan penyelesaian kekayaan yang komprehensif kepada pelanggan CIMB yang baru muncul dan mewah dalam pendekatan holistik dan disasarkan. Sebagai tambahan kepada barisan, acara tahun ini juga turut diselitkan dengan beberapa siri ceramah dan bengkel yang memfokuskan kepada hibah, takaful dan warisan, memberikan pelanggan CIMB Preferred serta peluang kepada pengunjung untuk mengetahui lebih lanjut tentang kekayaan Islam dan perancangan warisan.

Semua pemegang kad CIMB boleh menikmati diskaun eksklusif sehingga 15% pada jenama yang mengambil bahagian dari 1 Mac – 31 Mei 2023 termasuk di Pesta Fesyen Bazar Siberturahim. Untuk maklumat lanjut mengenai acara dan promosi, sila layari https://www.cimb.com.my/Raya.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *