Kuala Lumpur, 23 Oktober 2025 – Program realiti nyanyian paling dinantikan di Malaysia, Gegar Vaganza (GV) kembali menemui peminat untuk musim ke-12 dengan konsep eksklusif terbaharu yang dinamakan “GV-Verse” — sebuah dimensi kreatif yang diinspirasikan daripada aura dan keunikan para bintang GV yang terus bersinar hingga ke hari ini. Bakal bersiaran mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara langsung di Astro Ria (Saluran 104), GV12 menjanjikan pengalaman muzik yang lebih segar dan penuh emosi, menggabungkan nostalgia era ’80-an dan 2000-an dalam satu pentas yang meraikan semangat dan kebangkitan semula bintang legenda serantau. Read more →
Tag: SHAE
(HIBURAN) ASTRO CIPTA DIMENSI BAHARU DALAM “GEGAR VAGANZA 12”
(HIBURAN) SHAE kembali ke Malaysia demi single “Cinta Ku Tlah Mati Untuk Mu”
Penyanyi yang bersuara lunak dan lantang ini telah kembali ke Malaysia demi peminatnya dalam rangka promosi single kedua beliau iaitu “Cinta Ku Tlah Mati Untuk Mu” dan juga pelancaran album sulung beliau SHAE-the first. Menjadikan Alamanda, Putrajaya sebagai lokasi ramah mesra beliau bersama peminat, ruang legar tengah kompleks membeli belah ini dipenuhi oleh peminat-peminat beliau yang sanggup datang jauh ke Putrajaya. SHAE yang berdarah kacukan Australia (bapa) dan Riau (Ibu) tidak kekok melayan peminat-peminat beliau dalam sessi autografi dan bergambar bersama peminat. Read more →
(HIBURAN) SHAE…. BINTANG MUDA YANG SERBA BOLEH
SHAE atau nama sebenarnya Sheryl Gething, merupakan seorang gadis cilik yang berbakat besar dalam bidang nyanyian. Pendatang baru arena seni suara ini bukanlah calangan orang. Berbekalkan suara yang lantang dan lunak persis Alanis Morisette dan Alicia Keys, SHAE tentunya bakal menggegar industri muzik benua asia! Read more →


