(HIBURAN) SHAE TERIMA ANUGERAH 5X PLATINUM BERKEMBAR UNTUK LAGU ‘SAYANG’

Spread the love

IMG_9193small

MASIH ingatkah lagi anda kepada penyanyi dari Indonesia yang popular dengan single pertamanya, “Sayang” yang berjaya menjadi fenomena luar biasa sebelum ini? Shae atau nama sebenarnya Sheryl Gething yang berasal dari Jakarta, Indonesia ini mula mencipta namanya di persada muzik tanah air  melalui single pertamanya “Sayang” yang dipetik dari album sulung ‘The First”.  Album tersebut berada di pasaran tempatan pada 14  November 2012.

Menyingkap kembali detik awal Shae sebelum bergelar penyanyi beliau sudah berjinak-jinak dalam karier nyanyian sejak menjalani pengajian  peringkat sekolah menengah.

“Sejak dari kecil saya memang sukakan bidang nyanyian dan ketika berumur 15 tahun, saya mula berfikir untuk lebih serius dalam bidang ini.  Oleh itu saya mengambil langkah pertama untuk menyertai beberapa pertandingan nyanyian.

“Dari situlah saya berkenalan dengan seorang komposer, Posan Tobing dan dia adalah individu yang bertanggungjawab membawa saya masuk industri ini,” katanya.

Shae telah berjaya menggegarkan industri muzik Malaysia dengan memiliki auranya tersendiri. Lagu “Sayang” ini mudah di terima oleh masyarakat Malaysia berbanding di Indonesia dengan lagunya yang bertemakan cinta remaja dan alunan yang “catchy” ini mudah menjadi siulan remaja.

Ianya telah terbukti bahawa lagu “Sayang” mendapat sambutan yang hangat daripada peminat-peminatnya di Malaysia dan impak lagu itu juga begitu hebat sehingga telah menjadi ‘viral’ di YouTube oleh peminat-peminat Shae yang membuat pelbagai video ‘parody’ yang menjadi tontonan umum di antaranya adalah ‘parody’ dari Meletop, VitaminBie, Kylerul Donghae dan ‘parody’ yang paling berjaya mencuit hati para ‘youtubers’ adalah  dari Bobo yang mencecah 1,775,641 tontonan.

 Shae yang memiliki auranya yang tersendiri telah menambat hati para peminatnya melalui lagu “Sayang” hasil ciptaan Posan Tobing dan  telah berjaya meraih penjualan “ring back tone” digital melebihi 1,000,000 unit. Di atas pencapaian yang amat gemilang ini Warner Music (M) Sdn Bhd dengan bangganya menyampaikan Anugerah Platinum Berkembar x5.

Memiliki rupa paras kacukan Australia (bapa) dan Riau (ibu) ini turut memberi tuah buat Shae apabila beliau juga sering menerima tawaran dalam bidang peragaan dan juga lakonan. Apatah lagi dengan kejayaan lagu “Sayang” membuatkan beliau lebih di kenali dan ianya telah memberi ruang yang banyak di Malaysia  serta  mendapat banyak jemputan dan tawaran dalam rangkaian promosi yang telah diaturkan oleh Warner Music (M) Sdn Bhd .

Shae dapat melebarkan sayapnya dibidang seni nya ke layar lakonan dengan mendapat peluang berlakon di dalam beberapa  drama dan salah satu diantaranya  bertajuk “Cinta Sambal Balacan”.  Dengan dianugerahkan bakat yang serba boleh ini, Shae tentunya pakej yang sempurna sebagai seorang bintang yang akan mewarnai lagi industri media Malaysia.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *