Lagu nyanyian Hafiz iaitu “Bahagiamu Deritaku“ telah dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) setelah berentap dengan 11 lagi lagu terbaik di pentas akhir Angerah Juara Lagu 28 yang bersiaran secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Juara AJL 28 kali ini membawa pulang Trofi dan wang tunai RM 35,000 manakala naib juara AJL28 disandang oleh kumpulan Hyper Act menerusi lagu “Hanya Aku” dan membawa pulang Trofi dan wang tunai RM 15,000. Tempat ke tiga pula dimiliki oleh gandingan duo Altimate dan Awi Rafael menerusi lagu “ Kalau Aku Kaya”. Persembahan terbaik juga dirangkul oleh Hafiz melalui lagu “Bahagiamu Deritaku“ dengan membawa pulang hadiah Trofi dan wang tunai RM 10,000 manakala vokal terbaik dimenangi oleh Jaclyn Victor menerusi lagu “Ikut Rentakku”. Anugerah download ring tones celcom XPAX terbanyak milik “Bahagiamu Deritaku“ (Hafiz). Read more →
Tag: Shila Amzah
(HIBURAN) 5 MALAM 4 HARI ANUGERAH SYAWAL TV9
Dengan tema berbunyi ‘5 Hari 4 Malam’, TV9 menyediakan sebanyak 30 program terbaik sepanjang bulan Syawal tidak lama lagi. Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Nordin, memberitahu, program-program yang disediakan khas bagi penonton setia TV9 berbentuk pelbagai genre, bermula pada malam raya pertama iaitu pada 7 Ogos depan. Jelasnya, menerusi tema yang dipilih, TV9 akan menyiarkan pelbagai rancangan hiburan serta drama-drama terbaik malah turut menampilkan kolabrasi erat antara tv9 dan Hot FM di mana saluran radio popular itu akan mempromosikan program menarik sepanjang minggu pertama Raya ke udara antaranya seperti Geng Kampung Pisang, Hot TV Raya mahu pun program yang dilakonkan oleh juruhebahnya sendiri, Fara Fauzana dalam Mimpi Fara. Read more →
(HIBURAN) Tahniah, Shila Amzah Juara Asian Wave 2012
HANGHAI, 21 SEPTEMBER 2012: Penyanyi Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah, 22, berjaya mengharumkan nama negara dengan menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China bermula jam 8.30 malam tadi. Read more →


